Click here!!!

Thursday, July 1, 2010

Cooker Hood & Hob

Salam, minggu lepas adalah minggu yg sangat penat sebab kena masuk office on saturday rasanya mcm dah lama tak masuk opis on week end tp sabtu hari tuh aku kena masuk sebab aku dah involve dgn satu team baru utk buat DR, tp takpe dah settle dah semuanya tp dalam masa yg sama aku sibuk tgh mencari cooker hood n hob utk dapur aku nanti
aku nyer perangai ni lain skit kalau aku nak sgt barang tuh aku mesti survey sampai puas hati so kalau dah betul2 puas hati baru aku beli
so aku mmg tak pernah pakai cooker hood before ni cuma pakai dapur gas biasa tanpa cooker hood so lepas masak adalah menjadi amalam wajib kena lap n mop satu rumah, pendek kata masak sejam tp mengemas dekat dua jam hihihihi
so utk rumah baru ni aku minta izin kat azhar nak beli cooker hood n hob baru sebab lepas ni takde lah aku masak berbau satu rumah lepastuh dia sibuk2 cari air freshner sembur satu rumah + satu dapur lepas aku masak hahahaha, esp bau belacan sebab tuh aku jarang buat sambal belacan sebab azhar tak berkenan sgt biler aku bakar belacan bau mmg tak hingat nyer.... tp biler makan adalah sgt menjilat jari ahhaha orang melayu mmg mcm tuh tak leh lari dr belacan...

So dengan tidak berbekalkan sedikit pun pengalaman aku survey utk cooker hood ni, bermula dgn aku menggogle kat sini http://mforum5.cari.com.my/ so lebih kurang ada 40++ page pasal komen2 semua aku baca... apa yang boleh aku conclusion kan lepas aku baca komen ni adalah:-
* kalau nak beli ccoker hood kena cr suction power yang kuat sikit, so boleh lah dia sedut asap n minyak yang kita masak tuh
* kalau nak beli cooker hood kena pilih dia nyer design sebab design mempengaruhi jugak actually
* kalau nak beli cooker hood ni dia ada mcm2 jenis so depends on budget jugak so bolehlah pilih yg low end ker, mid end ker or high end depens on budget tp as a consumer ni kita mmg kena bijak, kalau nak beli yg murah pun kena pilih jugak
* utk hob pulak kita kena tahu berapa nozzle api dia keluar??
* kena tgk material yang digunakan sebab kalau cast iron dia tahan sikit
* kena tgk berapa ring api dia
* kena tgk safety atau tidak hob yang kita pilih

kat sini sepanjang aku survey ada beberapa jenis cooker hood n hob yang aku tahu antaranya RINNAI,TEKA,RUBINE,ELBA,FAGOR,PACIFIC,ELEXTROLUX,FUJIOH,FOTILE mmg banyak sgt tu pun aku rasa mcm ada jer yg terlepas pandang n tak larat nak pandang, tp since aku dah survey dr kedai ke kedai nampak nyer aku bertambah pening sebab tak leh nak make decision sebab dah banyak sgt input nyer even azhar pun pening biler masuk satu2 kedai n survey, at last apa yg aku buat aku pun tertype lah dapur chef wan eheheheh korang tahu apa yg aku nampak ni ha!!!!


SKIL Chef Wan menyediakan hidangan lazat turut diiringi kepakaran teknologi perkakasan dapur jenama Fotile yang moden.

ni aku copy dr page lain ok, dia pakai fotile??? alamak mmg lah aku terbaca dlm cari tuh banyak sgt yg rekomen pakai fotile even fotile ni brand dr China tp diorg ckp power suction dia cukup superb utk org asian cooking mcm kita ni, mmm FOTILE????
not very familiar lor brand nih...
so since aku dah nampak tukang masak favourite aku pun pakai FOTILE so aku pun memasang angan2 nak beli brand ni jugak so model yang dia pakai adalah D8BH dah discontinue lak so ada satu kedai ni dia bg harga memang sgt menarik adalah 2k++ sebab kedai dia jer yg ada stock D8BH ni so aku pun try survey kedai2 lain so diorg ckp kenapa aku tak angkat yg baru nyer sebab sure FOTILE ada buat improvement utk model baru dia iaitu EH13 so mmg agak memeningkan kepala

aku n azhar agak pening nak buat pilihan actually so aku pun mencari alternatif lain dgn call semua kedai yg ada jual cooker hood ni sebab aku nak tgk berapa harga yg diorg boleh bagi