Click here!!!

Monday, April 9, 2012

Demi nyawa suamiku

Salam semua,

hari ni saya terpanggil nak kongsi satu cerita yang saya baca dari harian metro tgk tajuk pun mcm touching gituh kalau baca lagilah touching tau.. ok ni saya copy untuk kita share bersama

KASIH SEJATI...Junedah tempuh pelbagai dugaan sebelum mendermakan buah pinggang untuk suaminya, Mat Yatim.
KASIH SEJATI...Junedah tempuh pelbagai dugaan sebelum mendermakan buah pinggang untuk suaminya, Mat Yatim.

HANYA kerana mahu mendermakan sebelah buah pinggang kepada suami yang bertarung nyawa kerana kedua-dua buah pinggangnya rosak, Junedah Othman, 55, terpaksa ‘berperang dengan emosi’ dengan doktor pakar sakit jiwa yang mahu menguji sejauh mana keikhlasan hatinya menderma buah pinggang.

“Hendak beri buah pinggang pada suami pun kena jumpa pakar sakit jiwa padahal saya masih waras dan ikhlas menderma demi menyelamatkan nyawa suami tercinta yang bertarung dengan maut.

“Pelbagai soalan doktor tanya, tetapi saya tetap dengan niat yang satu. Buah pinggang saya perlu diberikan kepada suami untuk membantu menyelamatkan nyawanya.

“Selagi hayat dikandung badan, saya akan lakukan apa saja yang terdaya demi melihat dia kembali sembuh dan aktif seperti biasa,” ujar nenek kepada empat cucu ini tatkala memulakan bicara berkisar pengalamannya yang sanggup berkorban mendermakan buah pinggang kepada suaminya.


Junedah dan suami, Mat Yatim Awang Ngah, 59, adalah penderma dan penerima tunggal buah pinggang kalangan suami isteri di Pahang dan mengekalkan rekod itu sejak 11 tahun lalu.


Walaupun diulit rasa kesal, sedih dan kecewa kerana diuji sedemikian rupa, Junedah tetap bertemu kedua-dua doktor pakar itu dalam jangka waktu berbeza di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dan Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan membalas setiap persoalan daripada doktor dengan penuh keyakinan dan niat yang suci.

“Doktor bertanya mengapa saya sanggup memberi buah pinggang kepada suami, bagaimana jika suami berkahwin lain selepas dia sembuh, bagaimana jika saya sakit sedangkan suami sihat, bagaimana jika suami sudah tidak sayangkan saya dan beberapa soalan lain.

“Saya katakan kepada mereka, sesaat pun saya tidak akan mengubah keputusan dan saya reda dengan apa saja yang bakal berlaku selepas pembedahan itu nanti,” ujarnya sambil menyeka air mata yang bergenang di kelopak mata.

Keikhlasan dan niat suci serta berpegang kepada ketentuan Ilahi membuatkan Junedah pantas menangkis setiap pertanyaan yang diajukan doktor sehingga pihak hospital terpaksa akur dengan keputusannya.

Ceritanya lagi, ketika hendak memasuki wad pembedahan, doktor masih sempat memujuknya untuk menarik balik keputusan yang dibuat tetapi dia tetap dengan keputusannya sehingga semua kakitangan hospital yang mengiringinya ke meja pembedahan terharu dan menitiskan air mata.

Mengungkap kisah silam saat suaminya disahkan sebagai penghidap penyakit buah pinggang pada 1999, Junedah berkata segalanya bermula apabila suaminya mengalami demam berpanjangan walaupun mengambil ubat yang disyorkan.

Junedah yang juga suri rumah sepenuh masa hairan mengapa suaminya yang ketika itu bertugas sebagai pemandu ambulans di HTAA belum sembuh walaupun sudah makan ubat menyebabkannya mengambil keputusan merujuk ke hospital.

“Selepas melakukan beberapa ujian makmal, doktor akhirnya mengesahkan buah pinggang suami saya sudah rosak dan pemindahan buah pinggang perlu dilakukan segera.

“Kenyataan itu menjadi ‘musuh’ kepada saya dan anak-anak kerana tidak bersedia menerima keputusan yang mengatakan buah pinggang suami berada pada tahap kronik dan perlu menjalani pemindahan buah pinggang pada kadar segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan, Pahang.

Dalam diam Junedah mengumpul kekuatan, memujuk hati supaya tabah dan bersabar diuji sedemikian rupa dan tidak berputus ada dalam mencari ‘penawar’ yang pastinya sukar ditemui kerana ia perlu didermakan daripada ahli keluarga terdekat berdasarkan syarat dan ketetapan pihak hospital.

“Sebaik diberitahu suami perlu menjalani pemindahan buah pinggang untuk menyelamatkan nyawanya, saya dengan rela hati menawarkan diri untuk berbuat demikian tetapi hasrat itu ditolak doktor dan meminta saya mencari penderma di kalangan keluarga terdekat.

“Bukan mudah untuk memberi buah pinggang kita pada orang lain walaupun ahli keluarga sendiri dan nasib yang sama jugalah yang berlaku pada saya ketika itu,” katanya.

Kesukaran mencari penderma di kalangan keluarga menjadikan ibu kepada lapan anak dan tiga daripadanya sudah meninggal dunia ini enggan mengalah dan membuat keputusan mendermakan buah pinggang kepada suami lalu menyatakan hasrat kepada doktor.

“Doktor enggan terima keputusan saya dan meminta suami menjalani rawatan hemodialisis terlebih dulu,” katanya.

Selama tiga tahun menjalani hemodialisis di HTAA, kesihatan Mat Yatim semakin merosot. Deritanya bagaikan tidak berpenghujung menyebabkan Junedah nekad bertemu doktor untuk meneruskan keputusannya menderma buah pinggang.

“Saya lakukan solat istikharah meminta Allah memberi petunjuk sama ada keputusan yang dibuat ini tepat atau sebaliknya dan syukur alhamdulillah, selepas itu, saya bertambah yakin dengan keputusan dibuat.

“Masalah lain pula timbul apabila suami tidak mahu buah pinggang saya dan puaslah saya memujuknya selama sebulan kerana tahap kesihatannya mula membimbangkan,” katanya.

Selepas persetujuan dicapai, Junedah menjalani pelbagai prosedur perubatan dan pemeriksaan darah untuk menentukan tahap kesihatannya benar-benar sihat dan bebas penyakit.

“Perkara pertama yang dilakukan adalah bertemu doktor pakar sakit jiwa dan selepas itu menjalani pemeriksaan darah. Bertemu doktor itulah yang membuatkan semangat saya untuk menderma semakin kuat.

“Saya dirujuk ke HKL dan prosedur sama dilalui seperti di HTAA. Selepas setahun setengah berulang alik, barulah keputusan dicapai dan menetapkan tarikh pembedahan pada 31 Julai 2001,” katanya.

Sebelum ditolak masuk bilik bedah, sekali lagi saya diuji apabila doktor masih bertanya jika saya hendak menarik diri daripada dibedah.

“Saya bersyukur sangat kerana sebaik sedar, saya diberitahu suami selamat dan sedang berehat serta tiada sebarang komplikasi berlaku pada dirinya.

“Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah dan meneruskan kehidupan kami seperti sebelum suami mula sakit. Saya rindukan saat-saat mengusahakan kebun buah-buahan di belakang rumah dan banyak lagi perkara yang hendak dilakukan bersama selepas itu,” katanya.

Junedah juga bersyukur kerana selepas pembedahan itu, dia tidak pernah menghidap sebarang penyakit serius dan mampu bergerak aktif melakukan kerja rumah dan aktiviti berkebun yang diminatinya sejak sekian lama.

“Walaupun sekarang tinggal satu buah pinggang saja, ia tidak membataskan saya bekerja seperti biasa manakala suami pula semakin sihat dan dapat meneruskan hobi berkebun dan membersihkan halaman rumah setiap petang,” katanya.

Kesanggupan Junedah mendermakan sebelah buah pinggang kepada suami tercinta bukanlah satu keputusan mudah hendak diambil sekiranya bukan daripada keikhlasan hati.

“Ikhlas atau tidak bukan perkara utama dan ia menjadi rahsia individu itu sendiri. Bagi saya, ia bukan perkara utama perlu difikirkan sebaliknya nyawa insan yang sudah bersama kita sebaik lafaz nikah yang perlu diutamakan.

“Cinta, kasih, sayang, tanggungjawab, amanah, jujur dan saling percaya itulah yang akan mengikhlaskan hati kita untuk berkorban. Ia bukan sekadar ungkapan ‘saya ikhlas nak menderma’ semata-mata,” ujarnya penuh keinsafan.

Biarpun detik bersejarah berkongsi buah pinggang itu berlalu sejak 11 tahun lalu, masih ada memori yang tidak akan terpadam dalam kamus pasangan yang sudah hidup bersama 36 tahun lalu.

“Anak kelima kami, Zulkifli pernah menyatakan hasratnya mendermakan buah pinggang kepada suami ketika dia berusia 15 tahun tetapi saya tidak membenarkannya kerana dia masih muda.

“Bagaimanapun, hasrat itu terus terkubur bersama jasadnya apabila dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 22 Februari 2001, kira-kira seminggu sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan,” bisik Junedah dengan suara perlahan.

Sementara itu, Mat Yatim yang duduk di sisi isteri sepanjang temubual berlangsung berkata, pengorbanan dilakukan isterinya itu tidak akan dilupakan sepanjang hayat dikandung badan.

“Ternyata pengorbanannya begitu besar dan tidak ternilai dibandingkan dengan wang ringgit. Itulah hakikatnya, cinta sejati, kasih sayang yang tidak berbelah bagi, susah dan senang sentiasa bersama menjadikan saya begitu menghormatinya.

“Kini, kami melakukan apa saja bersama kerana kami berkongsi buah pinggang. Jadi, ikatan itu semakin kuat dan kukuh bagai irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan,” ujarnya mengakhiri perbualan petang itu.


p/s: agak2 kalao benda ni berlaku pada kita semua sanggup tak kita berkorban mcm makcik ni agaknyer??? insyaAllah semoga saya seikhlas dan setabah makcik ni...

Monday, April 2, 2012

the moment to remember

Salam to all

fuhhhh fuhhhh.... kena tiup dulu habuk- habuk dan sawang yang ada dlm blog ni, dah lama sangat tak berupdate malasnyer bukan main lagik
ok anyway macam yang saya janji arituh nak cerita pasal "the moment to remember" saat menanti kelahiran si kecil yang kami nanti- nantikan selama ni.. kenangan yang takkan saya lupakan sampai bila- bila that's what we call the moment to remember, rasanya mcm tu jugak dgn wanita2 kat luar sana tul tak...

ok sepanjang pregnant doc predict yang saya punya due date will be on 25 November 2011, ikutkan nak jer 11 november 2011, nice number right?? huh tapi siapalah kita nak menentukan segalanya kita terima sajer segala ketentuan Illahi pasti ada sesuatu di sebaliknya


Ari ni nak cerita pengalaman melahirkan seorang lagi umat nabi di muka bumi ni, Anyway bermula pada 14 November 2011 hari isnin, saya dah start bercuti sebab nak clearkan cuti year 2011, cuti yg boleh di carry forward only 7 days so yang lain kena habiskan lah kalau tak nanti habis mcm tuh jerk so sebelum nak sampai due date ni ada baiknya saya cuti sambil berehat2 so plan mcm2 nak buat kat rumah sebab nanti dah deliver takut semuanya terbatas, weekend baru2 tu mmg dah spring cleaning semua pun dgn hubby bayangkan dgn perot memboyot ada hati lagik nak panjat2 bersihkan kipas, wuah mmg cr penyakit nak kena marah ngan hubby saper nak bertanggung jawab kalau jatuh tp hubby lepa jer sempatlah saya bersihkan kipas yg berhabuk- habuk yang menyakitkan bijik mata tu


alamak tp ada satu tempat lagik yg belum habis kemas, bilik cum opis hubby hihihi... bilik ni biasanya hanya hubby jer yg gunakan buat kerja- kerja dia n banyak document2 dia kat dalam tuh gak so kalau nak tunggu hubby free nak kemas semua- semua tuh mmg tak pernah free kot so apa lagik, selangkah jer hubby keluar pergi kerja (eh pergi kerja jalan kaki ker) wakakkakaa.. naik kereta da... so arituh 14 november 2011 saya pun menjalankan misi apa yang patut habis semua saya kemas tp takde lah kemas mana pung, kemas ala kadar jerk sebab dr start pindah hari tuh kotak banyak sgt so mana yang rasa dah tak pakai tuh saya listkan dan ketepikan nanti hubby balik jer kalo confirm dia tak pakai mmg saya nak humban semua sampah sarap dan dokumen yg dah banyak sgt tuh
pening pala walaupun bukan document saya hihiihihi... sebab setiap kali nak cr balik dokumen jer mesti pening dulu so saya dah asing2 kan apa yg patut n saya ingat mana letak duduk document2 tuh semua, next time nak cari jerk dah senang... mengemas mmg dari pagi bawak ke petang lah tu pun tak siap- siap tp better sikit dr sebelum kemas n lepas tuh saya pun mencarik lagi apa yg nak dibuat takut- takut ada sudut yg belum dikemas lagik, tiba- tiba teringat rumput kat belakang dah start naik tumbuh melata walham bukan besar sgt pun tanah kat belakang tuh hanya sekankang kera lagi specific 5 kaki jer, cuba langkah 5 tapak.. ha lebih kurang 5 kaki lah tuh sambil duduk dan mencangkung saya pun terdetik ish saya ni buat kerja mcm org sihat sgt kang tiba2 terberanak kang sorang- sorang kat rumah ni payah pulak hihihihi...

Ok lunch time tuh hubby plan nak balik lunch kat rumah tp tiba- tiba dia call ckp tak jd sebab ada meeting dan dia dah lunch before tuh, ok then lepas hubby balik rumah dia ajak ke putrajaya sebab ada few thing nak kena settle n hubby ajak pergi photoshoot sebab since pregnant kita tak terfikir lak nak buat photoshoot sampai lah perot dah besar ni, sementara tunggu hubby bersiap eh terbalik pulak biasa lelaki tunggu perempuan kan tp since perot tgh membesar ni mmg malas nak bersiap make up bagai so bersiap ala kadar jer, sementara tgh tunggu hubby sambil tgh surfing duduk kat sofa tuh tiba- tiba mcm ada satu pop up pulak dan ada air mengalir so dari pengalaman saya membaca air yg keluar tu adalah air ketuban.. dengan sepantas kilat saya panggil hubby yang tgh bersiap kat atas tu hihiihi.. hubby berlari tak cukup anak tangga, saya bgtau lah saya rasa air ketuban saya dah pecah sebab ada bunyi pop up dan ada air mengalir wuah terkejut sungguh hubby saya, panic jer nampaknya tp nasib baik lah saya dah dapat mcm2 info dr google pasal air ketuban ni.. saya relaks jer lagi masa ni siap offer hubby lagi jom settlekan apa yg patut tuh lepas tuh kita terus pergi hospital tp hubby menolak dia risau sebab first experience kan so dia mmg tak nak ambil risiko so we decide p terus kat hospital

saya capai phone saya call gynae yg saya selalu refer, saya ingat nak pergi jumpa dia dulu tp dia advise kalau air ketuban dah keluar better pergi hospital terus... ok2 angkat bag, bag dah mmg ready sebelum ni masuk kereta sambil doa2 dlm hati, nervous jgn ckp first experience ok, so org pertama yg saya call mama dia pun advise terus p hospital, tak lama bff call dia teringat kat saya katanya masa tuh dah start meleleh air mata sebab bff saya ni selalu ada instinct kalau dengan saya, so biler dia teringat kat saya saat2 mcm ni mmg touching tak hingat ler kan sampaikan kadang2 bila saya nak call dia, mesti dia rasa benda yg sama gak, sampaikan ada satu masa dia otw ke rumah saya n saya otw ke rumah dia punyer lah selalu ada instinct yg sama hihihiihi.. ok so dia advise p spital gak tp dia kata better pergi makan dulu, hubby pun ajak p makan tp saya dah takde selera makan pun masa tuh.. so we all direct pergi spital serdang mmg kita plan nak deliver situh since doc ckp dia akan try normal sebab banyak private spital yg suruh caesar since saya ada diabetic time pregnant tuh, so the best way kita p serdang


Ok sampai2 kat spital hubby register kan saya semua so saya pun tunggu, ok masa ni belum ada rasa sakit apa2 lagik tak lama diorg panggil nama n saya kena masuk sendirian tanpa hubby so diorg ambik berat tinggi n check blood pressure tiba2 nurse tanya" eh akak ada darah tinggi ker?? alamak tak de lah pulak sebelum ni so dlm dua tiga kali jugak dia check dia kata ada darah tinggi ni kak, fuhhhh mcm2 di saat berdebar- debar ni, takpe tak lama dia suruh masuk n tukar baju color pink hihihi n masuk dlm bilik ada lah dlm 10 bijik katil bersusun dipisahkan dengan langsir- langsir hijau, saya ditempatkan yg paling hujung sekali, no 2 sebelum yg hujung yer, erkk ngerinya.. saya tak suka duk spital n saya ni penakut duk sorang2, mcm nak ckp jer ngan nurse ni ajak husband teman leh tak wakakkaka.... malas ler kan kang kena sound terus tak jd terberanak pulak, org lain terboyot- boyot sakit sorang2, saya yg belom sakit ni nak ajak hubby masuk lak mengada!!!!!


Ok tak lama ada sorang doc perempuan melayu bertudung dtg ambik darah, entah berapa banyak ntah yg dia ambik masa tu tp nasib baik lah doctor perempuan ni manis n cute jer org nak ambik darah pun ckp mintak maaf ye kak n baca bismillah dulu lega sikit rasanya.. lepas tu diorg suruh saya baring dlm 5 minit mcm tuh n diorg pasang segala gadget kat perot nak tgk baby nyer heart beat mcm tuh, ok selang 5 minit doc yang sama pun dtg dia ckp dia nak check berapa bukaan dah bukak, anyway dua kali kot dia seluk first sekali dia kata sakit sikit sebab dia seluk nak check dulu make sure yg keluar tuh air ketuban n second time dia seluk sebab nak check berapa bukaan, ok selukan yg pertama mmg sakit sebab mcm ada satu benda apa ntah bentuk itik kot mcm tuh so yg kedua nyer seluk tak sesakit yg first tadi punyer lah ngeri masa doc nak seluk sebab sebelum ni duk baca kat mana2 blog sakit ya amat kalo doc nak seluk check bukaan, tp since doc ni kecik jer tu yg kurang rasa sakit agaknya.. doc ckp bukaan baru 1cm ok so diorg kata leh proceed masuk ward since air ketuban dah kuar, saya tanya leh balik dulu diorg ckp tak boleh air ketuban dan keluar kena masuk ward, anyway bukan nak ckp lah kan tp thru my experience kan nurse2 kat hospital serdang ni mmg friendly lah mmg tak sombong might be ada few jer kot yg fussy sikit the rest semua ok, so dia suruh bgtau husband jap lg nak naik ward so hubby leh ikut naik sekali, so nurse advise better hubby balik rumah dulu rehat malam ni since baru bukak 1cm so agak makan masa gak nak tunggu time deliver ni


ok lepas tuh kena tolak naik tingkat 5 kot hihihi tak hingat ler, hubby ikut sekali masa ni diorg bgtau ward 1st class dah full so esok kalau kosong diorg akan reserve kan, alamak sedihnya hubby tak leh teman malam ni, saper nak teman saya tdo ni??? mana saya berani nak tdo kat spital tp lepas diorg dah tolak p kat katil ward tgk kanan kiri ada org baru lah rasa mcm ok sikit, malam tuh dlm pukul 1 saya suruh hubby balik rumah dulu, tdo n rehat since saya belum ada tanda2 nak bersalin lagik...

tp kan mencabar gak mlm tuh sebab ada patient katil depan meraung- raung sakit nak bersalin tp nurse tak pedulik pun, esoknya pagi- pagi doc sampai dlm pukul 7 lebih tgk patient ni dah fully dilated dah nak bersalin, huh apa lagik kena marah lah semua nurse shift pagi walhal nurse time malam yg tak wat kerja, tdo atas meja (mmg betul saya nampak)... gatal jer mulut ni nak bgtau doctor kesian patient tuh kesakitan siap kena sound lagik kena nurse mcm ni " eh awak ni bawak bersabar sikit boleh tak?? kang kalau dah jatuh katil tuh satu hal pulak, semua org sakit.. awak ni org islam kan bawak2 mengucap boleh tak," erkkk walhal org tuh tgh bertarung dgn sakit tuh.. dia siap merayu boleh tak husband saya masuk, nurse tuh dgn sombongya ckp mana boleh org lain semua tak bawak husband awak nak bawak husband pulak" saya pulak yg geram tgk nurse ckp mcm tuh pada dia elok jer lepas doc check dia terus dia suruh nurse tolak kat labour room tak sempat tukar katil n tak sempat sampai labour room patient pun bersalin kat dalam ward, huh ambik ko kesian betul semua tak prepare bersalin mcm tu jer tp yg baiknya patient ni kan sikit pun tak complain or mengadu apa2 kat doctor ni sabar jer lah, saya lak yg gatal mulut nak mengadu hihihi... (tu lah penyibuk) hahahahaha... ok anyway mlm td masa p toilet nampak mcm ada bleeding skit biler bgtau nurse dia ckp takde apa2 normal tuh

Ok pagi2 1
5 November 2011 hari selasa turn saya doc check dia bgtau bukaan dah 2cm, alamak 2cm je ker lama dah tunggu ni.. doc bgtau kalau mcm ni pukul 12.30 nanti dia akan induce saya, nak tahu maksud induce click link tuh nanti eh, kenapa saya kena induce sebab air ketuban dah pecah hampir 24 jam so kalau tak bukak jalan gak takut ada infection kat baby lak nanti, ok normally doc bgtau dia akan induce saya dulu let say tak bukak jalan jugak dia akan induce kali ke dua dan kali ketiga utk seterusnya so induce yg pertama ni dia mcm masukkan ubat... pagi2 hubby dah sampai bawakkan breakfast sebab dia tahu saya mmg tak berkenan makanan spital hihihihi.. bukan berlagak ye tp tak menepati selera lah, tak syiok n tak sedap hihhihihi

dlm pukul 12.30 mcm tuh kena panggil utk induce ngerinya bukan main lagik, tapi lepas kena induce dlm sejam kena baring je kat katil tak leh berjalan- jalan, bosan nyer tak leh nak ckp nasib baik ada galaxy tab leh lah google n dengar surah yassin.. pukul 2 lebih mcm tuh saya makan lunch mcm org sihat jer, heran gak naper tak sakit2 lagik lepas makan saya tunggu gak rasa2 contraction yg org duk sebut- sebut tuh tp takde jugak ish penat ler, penantian suatu penyeksaan... hihihihih (dlm bentuk nyayian yer)... so saya pun berjalan lah satu floor sambil mulut terkumat- kamit baca surah yusuf dan surah maryam sebab org ckp kalau nak senang bersalin kena banyak berjalan, masa tuh sakit dtg lah dlm setengah jam sekali tp masih belum sakit sangat dan masih boleh handle lagi, pukul 3.30pm hubby masuk temankan saya lg tp masa tuh saya dah terbaring dah sebab rasa sakit dah start kuat n saya mcm dah terlelap- lelap, start pukul 4 saya suruh hubby panggil nurse dia check bukaan dah 4cm, dlm hati saya berdoa- doa jgn lah sampai ke malam takut jadi mcm kes pesakit malam td takdak saper peduli... (kesian betul) ok so diorg decide suruh masuk labour room ambik baju baby sepasang, blanket apa semua tolak masuk labour room, masa ni hubby ikut sekali... nurse tolak masuk dlm satu bilik, ok tak tahu pun itu labour room saya sempat tanya nanti bersalin kat sini ker kat mana, dia bgtau inilah labour room ihihihihi sungguh naif yer.. rasa lega sebab tgk labour room mcm ward 1st class, tahu tak apa yg saya bayangkan labour room satu bilik besar dgn katil bersusun- susun yang dipisahkan dgn langsir tp saya silap rupanya....

ok rasa lega sebab hubby ada ngan saya, tak leh nak imagine mcm mana lah isteri yg takde suami time2 nak bersalin tuh, takde semangatlah wey... bilik pulak betul- betul berdepan dengan kaunter nurse- nurse berkumpul so diorg sembang semua saya boleh dengar.. masa ni saya bawak air selusuh, sempat jugak minum sikit diorg dah pasang machine utk monitor baby nyer heart beat, ada ambik darah, nurse masuk bawak drip tak tahu samada utk bg saya supaya tdo atau nak mempercepatkan contraction ataupun ubat tahan sakit kot ntah apa saya pun tak pasti tp yg pasti kanan dan kiri semua ada pening, pening.. masa ni dah start mula mamai, tido bangun tdo bangun, masa bangun sakit genggam tangan hubby terfikir mcm tak nak baring tp lepas rasa sakit hilang tertdo semula, lama kelamaan jangka masa rasa contraction tuh makin dekat tp doc bgtau semakin hampir jarak contraction tuh semakin hampir waktu saya nak deliver, sampaikan nurse offer suruh pakai gas tp biler fikir- fikir balik ckp ngan hubby tak nak nanti kalau pakai gas lg lah mamai, masalah saya masa tuh saya mamai + mengantuk so saya tak leh nak handle so biler sakit contraction dtg saya terbangun, nurse bagi jugak... so hubby bantu sedut dua tiga kali saya tolak tak nak sebab rasa mcm dah lalok sgt, mungkin sebab doc bg ubat tahan sakit dan ubat tdo kot.. dlm pukul 7.30 mcm tuh doc masuk seluk check bukaan dah 7cm, lega nya hati biler nampak doc tak tahu kenapa so sempat lagi saya ckp doc boleh tak nak ceaser sebab sakit sgt lah hiihhi... ish mana boleh sabar sikit,kuat semangat yer.. doctor siap pesan kat hubby lagi suruh bgtau saya suruh kuat semangat hiihihhi baik betul doctor tuh.. kesian hubby tunggu saya dr pukul 5.00 pm tadi, dia keluar kejap solat maghrib, hubby bgtau dia doa semoga kurangkan kesakitan saya, tak sanggup tgk saya berdepan dgn kesakitan tuh, ya Allah touching sungguh saya dengar hubby bgtau lepas dah bersalin tau bukan masa saya tahan sakit ni, masa ni lalok tak ingat apa pun hihihi...


anyway td doc ada bgtau nanti dlm pukul 10.30 pm dia nak masuk lagi nak check bukaan, masa ni jam pukul 10.00 pm hubby bgtau nak kuar sat nak ambik angin segar agaknya stress tgk saya bertarung dgn kesakitan tp saya halang sebab saya rasa mcm nak buang air besar, hubby panggil nurse.. nurse masuk dua org seluk- seluk tgk saya dah fully dilated, sorang lagi nurse masuk ckp suruh ready kan semua jap lg doc masuk, saya dengar nurse pekik- pekik panggil doc mana ni cepattttt, sorang doc perempuan melayu muda masuk pakai sarung tangan kelam kabut sambil suruh saya bersabar, saya ckp tak tahan doc sambil meneran dua tiga kali rasa mcm nak buang air besar, saya perasan diorg lap- lap sambil ready kan apa yg patut, tak lama saya meneran lagi sambil tolak katil tp saya dengar ada nurse ckp jangan tolak kak, pegang n tarik besi katil tuh hihihihi sempat berfikir lagi tu, lepas dah meneran diorg suruh saya tahan sekejap, mana leh tahan doc dah nak meneran sgt (actually masa ni hubby ckp diorg tgh pusingkan baby) tak lama doc suruh teran lagi saya dengar hubby ckp kat telinga saya, push yang push... huh rasa mcm dpt semangat baru lak dengar hubby bisik kat telinga masa tuh apa lagi saya pun teran lah sekuat hati tak lama lepas tuh rasa mcm ada benda meluncur keluar dari perot dgn lajunya huh, ya Allah dah keluar rupaya anakku ni terus dengar suara baby menangis kuat2 sambil doc letakkan baby atas perot dan tanya saya baby perempuan ke lelaki kak, baby lelaki.. masa tuh saya ingat lagi benda pertama yg keluar dr mulut masa saya nampak kelibat baby ni ialah, "ya Allah syukur alhamdulillah" syukur sgt sambil hubby cium dahi rasa terharu agaknyer tapi punyer lah lega dah keluar ni hilang semua rasa sakit td sekejapan tp lepas tuh ada pulak process mengeluarkan uri, nasib baik saya teringat masa pergi antenatal class tuh dia ada ajar waktu nak keluarkan baby kita kena meneran tp masa process nak keluarkan uri kita kena batuk sikit, tak perlu meneran.. elok diorg nak keluarkan uri dan saya batuk sikit terus uri keluar leganya masa ni rasa mcm nak bangun lompat2 pun ada, tp tak boleh ye kena jaga tingkah laku sebelum kena halau kihkihkih...


Tak lama saya nampak nurse, saya tanya nurse saya nak air boleh tak hiihhi haus betul ntah mcm mana ntah leh mintak air saya pun tak tahu, nurse dtg bawak segelas milo suam, sedap betul dpt minum milo suam pakai straw masa tuh ihihihihi nurse bgtau sorry lah org kat pantry semua dah balik so saya tak jumpa susu cuma letak milo dan gula jer, waakkaakk ok tuh nurse dah cukup sedap tuh... ok next doc nak jahit apa yg patut ye, actually masa push tu tak sempat gunting pun sebab baby dah nak terkeluar sgt, kalau gunting tuh namanya episiotomy tak silap tujuan nya supaya koyakkan tuh nampak cantik n tak teruk sgt so bile gunting tuh koyakkan akan lebih elok, ye kot nanti u all google eh... ok doctor perempuan kecik molek tuh mulakan sessi menjahit, mmm dia bius dlm tiga kali.. actually sakit jahit ni takde lah sakit sgt mcm rasa contraction td tuh sakit ala2 kena gigit semut api ler tp kan sempat jugak lah saya berbual dengan doc ni, saya tanya doc mmg mcm ni ker sakit nak bersalin... doc ckp saya ni kena induce so tu yg rasa sakit lain mcm tuh, wuah ye ker dia ckp induce ni mcm kira paksa utk bersalin lah since saya nyer air ketuban dah keluar dlm masa 24jam tp jalan tak berapa nak bukak sebab tuh saya kena induce, owh ok.. dia ckp actually induce ni mmg sakit tp dia tak paham kenapa org skang ni lately ramai yg nak induce mungkin sebab ada yg nak pilih date2 tertentu, tp kan kalo diberi pilihan saya mmg tak nak induce.. sakit ya amatttt... bayangkan dah lah 1st experience pastuh saya kena induce mmg lah sakit separuh nyawa, so sakit induce mmg sakit ye utk sesapa yg tak pernah kena induce ni.. dlm sambil doc jahit tuh saya pun sembang2 lah dgn doc muda ni, cantik, baik n peramah semoga diberikan pahala yang setimpal utk doc ni, insyaAllah... dlm pukul 12 lebih mcm tuh saya pun di tolak masuk ke ward 2nd class berikutan ward 1st class masih full, emmm frust betul :-(

Ok masuk ward 2nd class ni ada 4 katil, satu kosong yg ada cuma kami bertiga jer kawan2 baru, seronok tau.. ada sorang teman baru ni namanya farah asal dr perak tp duduk kar seremban dia tegur saya, anak pertama ker kak, saya bgtau aah, dia tegur saya nak tdo nanti sapu minyak panas kat kaki n pakai stokin, dia siap tanya lagi ada minyak tak...wuah baiknya lah dia ni, so sepanjang saya kat spital dia ni lah teman saya banyak yg dia kongsikan dengan saya tp yg sedihnya no tepon dia yg saya save dah hilang, malam pertama saya tdo dengan baby wuah indahnyaaaaa rasa mcm tak nak tdo je nak tenung muka baby sampai pagi, EXCITEDDDDDD...


mlm ke dua baby menangis sampai jam 3 pagi, tak tahu kenapa saya panggil nurse dia ambik baby dan suruh saya sambung tdo dan berehat punya lah saya tak sedap hati, saya cari nurse td saya nampak nurse buat kerja depan pc sambil dukung baby iman heykal, terharu betul....
Anyway masa mula2 nak pergi hospital serdang ni saya tak confident takut diorg tak bg service yg baik pd we all tp alhamdulillah, semuanya memuaskan so please dont judge the book by its cover

ok itu je citer sepanjang kelahiran baby pertama kami dan kami namakan hero kami dengan nama " Muhammad Iman Heykal" nama ni mmg saya ngan hubby yg pilih, alhamdulillah mmg sesuai untuk dia semoga menjadi manusia yg soleh dan menjadi anak yg berguna, InsyaAllah...
sesungguhnya kehadiranmu sangat dinantikan oleh mummy n daddy selama ni, that's "the moment to remember sayang"


p/s: pengalaman bersalin kat hospital serdang mmg best even time nak balik semua nurse2 pelatih yg mandikan iman kerumun kat iman heykal sebab dia dah nak balik, lepas ni agak2 kalau ada rezeki lagi mcm nak bersalin kat spital serdang lagik, insyaAllah....