Click here!!!

Wednesday, December 19, 2012

Durian Tanjung Malim

Assalammualaikum semua....

Apa khabar kawan2 saya di alam maya ni, dah lama tak menulis tetiba rasa malas ya amat pulak hangin betol lah time rajin, rajin sungguh time malas sebaris ayat pun tak mo tulih... sungguh tak layak berblog sungguh...

Ni aku nak citer sikit, aku ni sebenarnya adalah penggemar durian tegar mmg dari dulu lagik aku ni mmg hantu durian kot, dulu masa kecik2 pantang musim durian sibuk ler kitaorg blk kampung tunggu durian jatuh hahahaha yang paling tak ingat kan kalo lepas jer durian jatuh maka kena ler pergi kutip tapi masa kutip tuh bawak dulang besau tutup kepala sebab takut2 masa tengah kutip nanti ada yg jatuh pulak timpa kepala kang dari nak makan durian kena masuk spital pulak lagi lah nyaya...masa ni sibuklah berebut aku dgn sepupu2 siapa cepat dia yg dapat, yang jatuh dua tiga bijik yang menunggu sikit punya ramai... lagi satu aku ingat lagik dulu2 kalo musim durian mama ngan abah aku akan beli durian sebakul hihiihhi hambik ko melantak tak hingat, beli sebakul makan sampai pengsan hiiihihi... tapi durian dulu2 ko boleh makan pun berbijik- bijik takde lah rasa jemu atau muak pun skang cuba ko try makan durian 3 bijik tgk apa jadik...

Ok anyway nak cerita ada satu hari tuh hubby aku kena p outstation ke Tanjung Malim perak ntah tiba2 balik rumah dia beli durian, aku mmg dah lama sgt nak makan durian semenjak musim2 durian ni tp tekak aku tak teringin pulak nak makan musang king lah, musang berjanggut lah, durian merah lah, D24 lah tekak aku nak makan durian kampung, durian kampung bagi aku mmg terbaek dari dulu sampai skang aku mmg suka durian kampung sebab aku rasa kalau aku makan durian D24 tuh aku cepat muak dan perot aku mcm berangin sebab aku rasa durian tuh mcm bergasss....

Fuh tp hari tuh hubby aku bawak durian kampung ada 3 jenis durian dia beli dan yang paling best murahhh, hubby bawak balik dalam sepuluh bijik dalam RM40 hinggit jerk, dia share bertiga beli durian total RM120 so biler di bahagi2 sorang lebih kurang RM40 dan yang pasti mmg puas hati, aku rasa mcm nak ulang jer lagi pergi beli kat situh sebab dah lama aku tak rasa keenakan durian mcm dulu2 tp durian yg hubby aku beli dari tanjung malim ni mmg sedapppp, sedap dan manis yang paling best tak bergassss, aku berjaya makan 3 bijik malam tuh aku makan sorang2 jerk...

Kepada sesiapa peminat durian tegar aku cadangkan korang pergi ke Tanjung Malim cuba car durian kampung yang terbaekkk mmg puas hati, berbaloi lah kalau ko bayar mahal pun sebab durian dia mmg manis dan enak... kalau beli kat kl ni lebih ramai penipu dari penjual, durian keras, tawar hebeh, durian pun tak berapa nak sedap ko try dua tiga bijik ko dah kena bayar dekat RM50, apa pun tak boleh!!!!!!

percubaan membuka durian, aku mmg terror bukak durian sebab aku nyer favourite

nampak tak sgt juicccyyyy!!!!

ada org melahap makan durian hihihihi...

rasa dia semua tak mengecewakan

yang terakhir silakan!!!

Thursday, December 6, 2012

Masih sehingga ke hari ini

Salam semua,

Syukur Alhamdulillah masih diberikan nafas sehingga ke hari ini sehingga ke usia 32 tahun, masih sihat dan bertenaga malah semakin gemuk lagik.. Aku bersyukur dan happy sebab semalam umur aku dah makin meningkat, aku sihat, aku dikurniakan dengan suami yang paling buat aku bahagia, aku dikurniakan dengan cahaya mata comel yang paling buat aku teruja, aku dikurniakan dengan keluarga yang menyayangi aku dan sentiasa bersama denganku, aku dikurniakan dengan kawan2 yang sangat menghargai, pendek kata didunia ni aku hidup dengan kasih sayang dan cinta dari semua orang, mungkin ada segelintir yang membenci atau haters tapi aku tak rugi walau sekelumit pun!!! hingat tu aku tak pernah hiraukan siapa yang benci kan aku cuma aku tak suka hidup dalam kelompok orang yang bencikan aku, pergi jauh- jauh dari hidup aku!!!!!

Sepanjang hidup aku 32 tahun sekarang ni aku baru terasa hidup aku dah complete, hidup aku sempurna cuma ada perkara yang aku tak sempurna, aku ada suami, anak dan aku ada kehidupan aku sendiri, semoga Allah melindungi kami sekeluarga dan semoga Allah berikan rahmat semoga berkekalan sehingga nafas- nafas terakhir aku nanti..

Ketahuilah suami dan anakku, aku adalah insan yang bahagia ketika ini dan semoga sampai biler- biler, ada banyak impian aku sempena birthday aku yang ke 32 antaranya aku nak jadi insan yang solehah, semoga Allah mendengar doa aku ketika ini, Ya Allah aku insan Mu yang lemah aku ingin menjadi insan yang kau kasihi, aku ingin menjadi insan yang kau Redhai, semoga hambaMu ini dilindungi, aku ingin menjadi isteri yang patuh, taat setia pada suamiku, aku nak masuk syurga aku nak ke syurga bersama dengan suami dan anakku, duhai suamiku... bimbinglah aku.. didiklah aku, aku bukan siti Khadijah tapi aku ingin menjadi isteri yang terbaik buatmu, ingin melengkapi hidupmu.. duhai anakku berikan mummy peluang mummy akan buat sepenuh hati membesarkan mu semoga menjadi insan yang berjaya di dunia serta di akhirat, untuk keluarga ku terima kasih untuk segalanya!!!