Click here!!!

Tuesday, July 31, 2012

Majlis Aqiqah dan kenduri Kesyukuran Iman Heykal

Salam to all,

Ok hari ni nak cerita pasal majlis Aqiqah iman heykal, mmm Finally mummy n daddy decide buat kenduri aqiqah iman 2.6.2012, nice number.. ikut- ikutkan mmg susah nak cr date yg sesuai ada jer mcm2 hal nyer tp kali ni mmg confirm sebab july nanti dah masuk bulan puasa pulak, so lepas tuh raya pulak nanti tut- tut iman heykal dah besar n boleh berjalan pulak so kali ni mmg confirm lah date ni

mummy adalah org yang paling busy sekali, cewahhh cewah busy apa nyer pun bukan kena masak sendirik pun. tp ye lah busy cr catering, buat comparison sana sini cr yang paling sedap dan paling hokay, nak yang paling sedap tp nak harga paling murah mmg lah org tak layan kan hihiihihi.. ok cari canopy bagai, pikir kan tema apa, doorgift, menu, tetamu semua nyer mummy kena pikir kan, lepas dah ok baru lah propose kat menteri kewangan (hubby) dlm otak ni mcm2 benda nak buat cuma cukup tangan ker tidak tu jer, nak buat aqiqah anak mengalahkan majlis kahwin sendiri
takpe kalau ada masa mesti lah kita nak buat yg terbaek kan esp. untuk anak bujang saya ni, ok so last2 kita decide utk pilih catering dapur emas catering kebetulan mmg diorg ada canopy sekali so kita ambik sekali lah ikutkan mmg takde experience langsung dengan diorg ni tp since dah jumpa nampaknyer diorg ni lebih kurang dan banyak benda yang catering ni advise kita so hopefully makanan yg dihidangkan nanti tak mengecewakan, mmg gamble sungguh tp dlm hati berdoa sgt jgn lah mengecewakan sebab makanan paling penting dlm setiap majlis, sedap atau tak!!!! itu je so biler dah pikir2 rasanya menu untuk hari kenduri tu nanti adalah nasi bryani, ayam masak merah, kuah dalca, kambing masak kari, kambing BBQ, acar buah, air sirap limau dan dua jenis kuih, karipap dan kole kacang

Actually pihak catering ada kambing sendiri tp since diorg bgtau kambing yg diorg ada tuh kecik n tak sesuai untuk buat dua lauk so saya pun mengoogle mencari kambing aqiqah untuk iman ni, alhamdulillah mmg rezeki dia bila saya jumpa blog umm baraqah  ni yg ada menjual kambing dengan harga yang berpatutan, so kami pilih dua ekor kambing biri2 damara untuk majlis kami itu

So untuk doorgift kita buat yang simple, saya order yassin dari creatively design untuk tetamu yang hadir sebab kalau bagi sourvenir lain nanti mcm tak fully utilize pulak kan so kalau bg yassin insyaAllah banyak kebaikan nyer nanti, tp tiba2 terfikir lak nak buat candy buffet ikutkan sepatutnyer buat time birthday iman nanti tp takpe lah buat sikit2 jer suka2, tema takde tema pun cuma plan asal nak ambik turquoise color tp mcm dah jd kebiasaan sgt kalao anak lelaki color biru or turquoise tp kalau anak perempuan color pink so kali ni saya pilih color purple, so scallop n tema nya adalah purple ok, sempat jugak buatkan jubah untuk iman saya mintak kawan saya yusasliza jahitkan jubah kecik utk iman, mmg cuteeee..
Tetamu pulak saya panggil sedara2 terdekat, neighbours  dan org surau, budget2 dlm 100 pax mcm tuh

2/6/2012 jatuh pd hari sabtu dan masa tu pulak cuti sekolah so dpt lah sedara2 terdekat yg hadir, majlis bermula dari pukul 11 dan berakhir pukul 5 ptg, biler tiba hari yang dirancang Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah
Jemputan yg hadir seawal 11.30pagi tak putus2 hinggalah ke petang, makanan dari pihak catering pula mmg tak mengecewakan malah ramai yg puji kambing BBQ diorg ni mmg puas hati, dah lah harga pun berpatutan kalau sesiapa yang berminat nak ambik catering ni boleh lah contact dgn Pn. sariah dari Dapur emas catering sgt tak mengecewakan (bab makan2 ni saya takut sgt kalau tak sedap) majlis saya hari tuh dipenuhi dengan kuih muih, bayangkan lebih dari 20 jenis kuih yg ada tp bukan saya yang order ni semua kuih yg makcik2 saya serta neighbours saya hulur, ada kuih seri muka, talam pandan, carrot cake, cokelat cake, kek kukus, tart nenas ni diimport dr johor hihihi, Chocolate muffin, cream puff, apam polkadot, karipap, kole kacang, puding, agar2, dadih, bingka ubi mcm2 lg ada semuanya rezeki yang Allah berikan untuk kami sekeluarga syukran jazilan pada semua, terima kasih jugak pd tetamu yg dapat meluangkan sedikit masa ke majlis kami yang tak seberapa ni dan semoga ianya diberkati, terima kasih untuk cousin2 yg hadir, kawan2, pak cik makcik yg jauh dan dekat

rasa puas hati sgt biler majlis berjalan spt yg dirancangkan hopefully semua puas hati even ada gak yg tak dpt saya nak layan sgt, maklumlah mak pengantin mmg super busy hiihihi, thanks to mama yg banyak membantu dari awal sampai akhir..

  
3 of us 

 di antara tetamu yg dtg awal

 candy buffet mummy yg tak berapa menjadi
purple theme

 jemput makan yer

 kambing golek yg di barbeque 

 Kambing BBQ air tangan abg botak hihihi jgn mara ye

 anak mummy 

 tetamu

 daddy dah penat

 senyum sayang

 iman cukur jambul



 tetamu dr surau

 di antara kuih muih yg ada

 tetamu yg hadir


tetamu dlm bilik, cousins

2 comments:

  1. assalam huda, selain daripada masakan kambing untuk BBQ, hidangan2 yang lain mcmn pula? adakah kualiti sama mcm BBQ tu? trima kasih :)

    ReplyDelete
  2. wasalam, alhamdulillah ayam masak merah dan acar buah dia pun terbaek, mmg puas hati sgt recommended k ;-)

    ReplyDelete