Click here!!!

Thursday, December 6, 2012

Masih sehingga ke hari ini

Salam semua,

Syukur Alhamdulillah masih diberikan nafas sehingga ke hari ini sehingga ke usia 32 tahun, masih sihat dan bertenaga malah semakin gemuk lagik.. Aku bersyukur dan happy sebab semalam umur aku dah makin meningkat, aku sihat, aku dikurniakan dengan suami yang paling buat aku bahagia, aku dikurniakan dengan cahaya mata comel yang paling buat aku teruja, aku dikurniakan dengan keluarga yang menyayangi aku dan sentiasa bersama denganku, aku dikurniakan dengan kawan2 yang sangat menghargai, pendek kata didunia ni aku hidup dengan kasih sayang dan cinta dari semua orang, mungkin ada segelintir yang membenci atau haters tapi aku tak rugi walau sekelumit pun!!! hingat tu aku tak pernah hiraukan siapa yang benci kan aku cuma aku tak suka hidup dalam kelompok orang yang bencikan aku, pergi jauh- jauh dari hidup aku!!!!!

Sepanjang hidup aku 32 tahun sekarang ni aku baru terasa hidup aku dah complete, hidup aku sempurna cuma ada perkara yang aku tak sempurna, aku ada suami, anak dan aku ada kehidupan aku sendiri, semoga Allah melindungi kami sekeluarga dan semoga Allah berikan rahmat semoga berkekalan sehingga nafas- nafas terakhir aku nanti..

Ketahuilah suami dan anakku, aku adalah insan yang bahagia ketika ini dan semoga sampai biler- biler, ada banyak impian aku sempena birthday aku yang ke 32 antaranya aku nak jadi insan yang solehah, semoga Allah mendengar doa aku ketika ini, Ya Allah aku insan Mu yang lemah aku ingin menjadi insan yang kau kasihi, aku ingin menjadi insan yang kau Redhai, semoga hambaMu ini dilindungi, aku ingin menjadi isteri yang patuh, taat setia pada suamiku, aku nak masuk syurga aku nak ke syurga bersama dengan suami dan anakku, duhai suamiku... bimbinglah aku.. didiklah aku, aku bukan siti Khadijah tapi aku ingin menjadi isteri yang terbaik buatmu, ingin melengkapi hidupmu.. duhai anakku berikan mummy peluang mummy akan buat sepenuh hati membesarkan mu semoga menjadi insan yang berjaya di dunia serta di akhirat, untuk keluarga ku terima kasih untuk segalanya!!!

No comments:

Post a Comment