Click here!!!

Sunday, March 20, 2011

Suri masih hisap puting

Salam semua,

kan saya dah bilang kalo dah ada mood tuh mcm- mcm nak citer, td terbaca dari metro online mengenai suri dan ini petikan dari akhbar metro tersebut, jom layan...

Suri masih hisap puting

ASYIK...SURI Cruise menghisap puting sambil memeluk erat patung beruangnya.
ASYIK...SURI Cruise menghisap puting sambil memeluk erat patung beruangnya.

DIA mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila memakai kasut bertumit tinggi dan mekap tebal pada usia begitu muda.

Tetapi minggu lalu, Suri Cruise membuktikan walaupun dia sudah cukup besar untuk memakai kasut seperti orang dewasa, masih ada beberapa aspek kehidupan kanak-kanak yang masih belum boleh dia tinggalkan.

Ketika dibawa bersiar-siar untuk membeli-belah oleh ibunya, Katie Holmes di Vancouver, Kanada, hujung minggu lalu, Suri dilihat begitu asyik menghisap puting dan memeluk erat patung beruangnya.


Ketika pendapat mengenai bila seorang kanak-kanak dianggap terlalu tua untuk menghisap puting berbeza antara doktor dan pakar kanak-kanak, ramai yang bersetuju bahawa enam bulan adalah usia paling ideal untuk berhenti kerana membiarkan kanak-kanak menggunakannya selepas usia itu mungkin menjejaskan keupayaan menggigit mereka pada masa depan.


Katie dan Suri berada di Vancouver kerana Tom Cruise menjalani penggambaran terbaru filem Mission Impossible IV.

Dan dalam usaha memastikan anaknya terhibur sepanjang berada di bandar raya itu, Katie membawa Suri membeli-belah di sebuah kedai mainan.

Pasangan itu keluar dari Kedai Mainan Kaboodles di Pasar Kanak-Kanak Granville Island dengan beg penuh dengan mainan sebelum berpimpin tangan menuju ke kedai kek.

Suri yang ternyata sudah bijak dalam memilih fesyen pakaian, sempat menukar kot antara kedai mainan itu dengan kedai kek.

Katie baru-baru ini bercakap mengenai minat Suri pada fesyen dan mengaku anaknya semakin suka berbelanja.

“Beberapa hari lalu kami keluar dari sebuah kedai dan Suri berkata: ‘Saya mahu ke sana,’ sambil menunjukkan sebuah kedai lain yang agak jauh. Di kedai itu ialah baju yang diinginkannya.

“Saya berkata kepadanya. ‘Wow Suri. Anda tahu di mana pakaian anda berada, walaupun dari jauh,’ ” kata Katie.

Sementara itu, Katie dilapor sudah bersedia untuk menyaman majalah Star kerana cerita muka depan bulan lalu yang berjudul ‘Addiction Nightmare: Katie Drug Shocker.’

Cerita itu mendakwa Katie menyertai satu sesi Saintologi di mana sebuah e-meter’ digunakan. E-meter, ialah peralatan pengukur elektrik yang digunakan dalam sesi menilai kumpulan kontroversi itu, yang didakwa mengukur tentangan terhadap elektrik dan menggambarkan pengalaman emosi masa lalu.

Dalam pada itu, siri televisyen lakonan Katie, ‘The Kennedys,’ yang menjadi perbualan hangat, akan disiarkan sedikit masa lagi. Meskipun History Channel enggan menyiarkannya, ia sudah dibeli oleh ReezChannel.

ok ni ada few pictures Suri yang gorgeous yang ingin dikongsi dan menunjukkan Suri mmg pandai bergaya mengalahkan org dewasa!!! (rasa mcm nak kidnap jerk)









Menghitung hari

Salam semua,

saya sedang menghitung hari untuk weekend ni sebab nak p bercuti, tak lama pun 4 hari jerk tp sebab dah lama sgt tak kemana- mana tuh yang rasa mcm tak sabar tuh, ish iyer ker tak lama
rasanyer hari tuh mcm baru jer lepas update pasal ke USS singapore tuh, kalo dah mmg kaki jalan pantang duduk diam nanti hujung tahun cuti duduk rumah senyap2

Hopefully everything running smoothly as per plan n insyaAllah nanti saya akan update n masukkan pic- pic yang mengancam hihihi.. lama tak dengar perkataan mengancam tuh kan.. excited lebih hokay.. jgn hoverrr laki akak tak suke :-D
Ramai org ckp kat sana shopping tak hingat so anggaplah first time ke sana ni sebab nak survey bukan nak shopping semata2, wah tahan ker nasfu ko tgk barang2 kat sana.. semalam hubby ajak p mid valley tu pun duk ckp ngan hubby sabar- sabar jgn shopping dulu sambil mata melilau2 tgk MNG dan mcm2 yang ada kat mid valley tuh, nanti kita p sana kita beli apa yang patut, apa yg patut tau yang tak patut jgn beli hokay membazir duit jerk..

Kadang- kadang sbg isteri ni selalu gak beringat- ingat sebab suami duk kerja pagi petang siang dan malam so kesian lah sikit kan, opsss saya pun kerja gak tp biasanyer part- part shopping ni hubby yang selalu bermurah hati keluarkan statement "yang ambiklah apa yg yang nak i belanja, muka mcm tak nak tp dlm hati lonjak2 hokay" mmg hoverrrrr...

Anyway book ticket awal2 hari tuh masa 0 fare last year lagik, punyer lah jenis manusia yang penyabar kan itu pun cuba nasib, ye lah tuh cuba nasib dr pukul 5 pagi sampai ke ptg kalo tak kempunan lagi lah akak, tunggu nanti ekk.. bandung here we come!!!!!

Triffle yay!!

Salam semua,

wuah dengan bangganyer hari isnin yang mengantuk dan malas ni saya nak update pasal hop hop saya dah berjaya buat triffle yerk!!! Firstly nak ucap terima kasih kat mat gebu sebab ini semua dengan bantuan mat gebu hahaha.. puas hati sib baik ada mat gebu yang leh dijadikan rujukan, pagi ptg duk msg nak dptkan info nak buat triffle ni tp tu ler first trial kan mmg begituh, anyway nak try dah lama tp asyik tak menjadik jerk so since weekend arituh MIL ada buat sedikit kenduri n barbeque utk adik ipar yg nak blk ke Jepun so saya pun nak cuba lah buat Triffle tuh, alhamdulillah dlm masa 2-3 jam dah leh habis licin, sib baik saya n hubby sempat rasa tp ingat lepas ni nak buat lagi lah nak bg org lain lak rasa.. lgpun semua bahan- bahan masih ada lagik lgpun nanti kalo dah selalu buat mesti dah leh improve dia nyer rasa bg lagik marvellous tp tak leh kalah mat gebu punyer tau

So Triffle ni mmg kena sejukkan dulu baru di makan kalo tak nanti kurang kaw, so kalo sejuk sangat nyaman biler berada didalam mulut yer, so antara menu yang saya sempat buat arituh mee hoon goreng singapura yang color putih maaf tak sempat snap picture pun sebab tukang masak adalah busy yang amat n cameraman pulak lupa nak snap pic, popia sayur n triffle pic yang ada cuma pic triffle jerk tuh pun saya yg curik2 ambik gambar pakai hp sebab takut lupa n tak sempat before habis... mmg betul pun semua tak sempat cameraman sibuk bangat tgh berbarbeque sampai lupa nak ambikkan pic2 menu yang saya buat untuk hari tuh...

Ok anyway anda semua kena try gak buat triffle ni nampak mcm rumit tp sebenarnya senang, wuah berlagak pulak hihihihi.. takdelah kalo ikut mcm dlm resepi senanglah so saya ambil resepi dari mat gebu gak ni link nye triffle istimewa anda semua pun leh buat gak!!!

lepas ni kena tambah jelly lagik banyak

Wednesday, March 16, 2011

Macam- macam

Salam semua,
minta maaf banyak- banyak pada yang duk menuggu saya nak update blog, lately ni saya mmg busy sikit, kadang- kadang banyak sangat yang terfikir di benak tp tak tertype di blog..
InsyaAllah lepas ni saya akan cuba usahakan at least satu hari dengan satu entry, kesian pada yang menunggu.. anyway saya pun pernah rasa mcm tuh tiap2 hari saya bukak blog tuh tp lama nyer dia tak update sampai berminggu- minggu maka berminggu- minggu jugaklah saya tunggu....

ok so hari ni saya nak cerita pasal macam- macam, saya terbaca petikan ni dari akhbar kosmo..
saya nak kongsikan dengan anda semua

Pemilik upah lelaki rosakkan Lamborghini miliknya


BEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China.


BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. - Agensi

Thursday, March 3, 2011

Butter Prawn

Salam semua,

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak hari penghulu bagi segala hari kan, hope all of have a great coming weekend rite, so anyway nak cerita pasal Butter prawn.. saya tak pernah buat pun resepi ni sebab tak pandai n takut tak jd, so tgk resepi dah berpuluh kali tp masih tak confident lagik tp kan hari ni terasa mcm nak try sangat..
nampak mcm senang jer tp kalo tak pandai mesti jd rumit n tak jadik tp tak per lah kalau tak try mesti lagi tak tahu sampai biler2 kan so saya ingat nak try lah hari ni balik kerja ni nak ajak hubby p caring udang harimau yang besar2 baru sedap so jd ler butter tiger prawn ;-)

Nanti kalo jadi kan kita kongsi kat sini ekk tp kalo tak jd kita tak mau tunjuk malu lah... hihihi so pada saper yang berminat n nak cuba leh tgk video yang saya upload ni nampak mcm senang n cincai jerk, layannn... so yummy yummy tau


Tuesday, March 1, 2011

Rasa nak hantuk kepala!!

Salam semua,

kali ni nak cerita pasal rasa nak hantuk kepala!!! opsss bukan saya yer tapi saya ambil keratan dari akhbar metro mengenai artikel ini ok jom kita baca kalau nak tahu lebih lanjut lagik

TAHAN SAKIT...masalah migrain berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
TAHAN SAKIT...masalah migrain berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
pix_topright

SAYA pernah melihat seorang wanita yang menderita migrain yang teruk sehingga dia menekan dan memukul kepalanya berulang kali.

Malah pada satu keadaan, si pesakit mengatakan terasa ingin menghantuk kepala ke dinding hanya kerana tidak dapat menahan sakit.

Kejadian itu berulang-ulang dan lebih kerap berlaku apabila dia datang haid.
Apabila dia mengambil ubat penahan sakit, kelegaan jelas kelihatan pada wajahnya apabila sakit akibat migrain itu berkurang dan dia dapat tidur dengan lena.

Bagi pesakit migrain sakit kepala yang mereka alami ini diibaratkan sebagai ujian Allah yang ada kalanya amat mengecewakan.


Ini kerana pesakit terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan, malangnya ada sesetengah keadaan ubat penahan sakit juga sudah ‘lali’ atau sebati dalam diri mereka sehinggakan kesakitan tidak dapat dikurangkan.

Menurut Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, migrain adalah masalah berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku kepada wanita misalnya, sebelum dan selepas datang haid biasanya wanita mengalami migrain yang teruk dan akan hilang selepas haid.

Ada pula wanita yang mempunyai migrain, tidak mengalaminya ketika mereka mengandung sembilan bulan dan kesakitan datang semula selepas mereka datang haid.

Selain itu tekanan di tempat kerja, bunyi bising atau lampu yang silau juga boleh menyebabkan migrain.

“Ini kerana keadaan ini akan memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan urat saraf tegang seterusnya menyebabkan migrain atau menambahkan kuatnya migrain,” jelasnya.

Selain itu, kurang tidur atau faktor pemakanan seperti seperti makan makanan tersimpan lama, makanan ditapai atau minuman mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, coklat dan keju turut menjadi penyebab kepada migrain.

“Secara umumnya migrain juga adalah penyakit keturunan kerana berkait rapat dengan sistem saraf.

“Justeru sekiranya ada ahli keluarga anda menghidap migrain anda juga berkemungkinan turut mengalaminya,” jelasnya.

Menurut Dr Zainordin, migrain berbeza dengan sakit kepala.

Serangan sakit kepala yang berlaku setiap hari adalah sakit kepala biasa dan bukannya migrain.

“Migrain sebaliknya membabitkan serangan seminggu sekali atau sebulan sekali dan biasanya kesakitan seperti dicucuk-cucuk ini berlaku pada sebelah bahagian kepala saja.

“Ini diikuti rasa loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan seperti gegaran yang kuat,” katanya.

Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.

Daripada segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf gentian yang melingkari sekitar saluran darah itu.

Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri menjadi bengkak.

Migrain biasanya menyerang mereka yang berumur 30 tahun ke bawah terutama pada usia 16 tahun ke atas namun ada kanak-kanak pada awal usia 10 tahun boleh diserang migrain namun ia sedikit berbeza.

“Migrain kanak-kanak biasanya mempunyai simptom seperti muntah atau loya.

“Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala yang teruk seperti mana orang dewasa,” jelasnya.

Dr Zainordin menjelaskan, migrain terbahagi kepada dua iaitu migrain biasa tanpa aura iaitu rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala saja.

Biasanya, ia diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit.

Pesakit juga akan sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.

Berbeza dengan migrain klasik (dengan aura) sebelum menyerang pesakit biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok.

Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.
Tambahnya, sakit kepala atau migrain bukanlah tanda awal bagi sebarang ketumbuhan otak.

Ia biasanya muncul dengan tanda lain atau sakit kepala datang apabila tanda lain sudah ada.

Mungkin pesakit akan mendapat sawan atau masalah pada pendengaran dan penglihatan.

Pesakit juga biasanya akan mendapati tangan atau kakinya lemah seperti mendapat penyakit strok.

“Hanya satu peratus saja migrain mempunyai kaitan dengan tumor atau kanser otak dan selebihnya hanya disebabkan migrain.

“Biasanya pesakit kanser otak akan menunjukkan gejala yang teruk seperti kesakitan yang amat sangat pada kepala diikuti muntah, loya, hilang selera makan, kurang penglihatan dan pendengaran, seterusnya lemah tangan dan kaki,” jelasnya.

Menurut Dr Zainordin, tidak seperti penyakit lain, migrain ini tidak dapat disembuhkan tetapi boleh dielak atau dikurangkan dengan cara berjumpa doktor dan mengambil ubat-ubatan bersesuaian.

“Biasanya ubat penahan sakit seperti panadol, aspirin, ponstan dan synflex boleh dibeli di farmasi namun ubat ini lama-kelamaan tidak dapat mengurangkannya malah boleh menyebabkan penyakit lain misalnya kerosakan buah pinggang atau hati apabila diambil berlebihan.

“Biasanya ubat ini juga tidak lagi berkesan apabila diamalkan terlalu kerap walaupun dimakan melebihi hadnya,” katanya.

Justeru, pesakit digalakkan berjumpa doktor kerana doktor akan memberi ubat migrain sepatutnya seperti cafergot, ubat tahan muntah maxolon dan valium, sejenis ubat tidur yang diambil secara serentak dan secara berkala untuk mengurangkannya.

Selain itu, pesakit juga akan diberikan diari migrain dan meminta pesakit mencatat tarikh, masa, makanan diambil, jenis ubat serta keterukan migrain yang dialami mereka.

“Dengan adanya diari ini, doktor akan dapat memantau tahap kesakitan yang dialami pesakit serta dos ubat yang dapat diberikan,” katanya.

Selain ubat-ubatan, pesakit juga perlu mengurangkan tekanan dengan banyak berehat, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan migrain seperti minuman berkafein, coklat serta keju dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Apa yang penting, pesakit migrain tidak boleh murung kerana ini akan menyebabkan kesakitan mereka berulang.

“Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan sesuai,” katanya.