Click here!!!

Wednesday, March 16, 2011

Macam- macam

Salam semua,
minta maaf banyak- banyak pada yang duk menuggu saya nak update blog, lately ni saya mmg busy sikit, kadang- kadang banyak sangat yang terfikir di benak tp tak tertype di blog..
InsyaAllah lepas ni saya akan cuba usahakan at least satu hari dengan satu entry, kesian pada yang menunggu.. anyway saya pun pernah rasa mcm tuh tiap2 hari saya bukak blog tuh tp lama nyer dia tak update sampai berminggu- minggu maka berminggu- minggu jugaklah saya tunggu....

ok so hari ni saya nak cerita pasal macam- macam, saya terbaca petikan ni dari akhbar kosmo..
saya nak kongsikan dengan anda semua

Pemilik upah lelaki rosakkan Lamborghini miliknya


BEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China.


BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. - Agensi

No comments:

Post a Comment