Click here!!!

Wednesday, November 24, 2010

Tips Mendapatkan pasangan


Salam semua pembaca, Ada beberapa teman saya yang sudah berumur tp masih belum ketemu dengan pasangan yang sesuai atau yang ideal, agak susah untuk meilih pasangan yang betul- betul secocok dan sepadan dengan kita sebenarnya sebab itu ramai dikalangan pasangan yang dah berkahwin mempunyai karektor yang berbeza - beza dengan pasangan masing- masing contonhya pasangan yang panas baran dan pasangan yang cool, pasangan yang rupawan dan tak berapa nak jelitawan dan macam- macam lagi dan pada pendapat saya sendiri setiap pasangan dalam perkahwinan adalah melengkapi antara satu dengan yang lain sebab itu masing- masing mempunyai perangai dan karektor yang berbeza sebab mereka memerlukan each other so itu yang membuatkan lagi hidup saling melengkapi Ingin saya kongsikan tips dan petua dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah mengenai petua mendapatkan pasangan yang mungkin boleh dikongsi oleh teman- teman semua Mungkin ada yang boleh dijadikan panduan terutama untuk teman- teman yang masih ingin mendapatkan pasangan yang sesuai diluar sana ;-)

60 Petua Mendapatkan Pasangan Dari Dr Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat..

Afamosa Resort Malacca

Salam, semua pembaca..
Perasan tak bila masuk jer waktu hujung tahun perasaan nak pergi holiday tuh berkobar- kobar sangat walhal takde planning lagi pun untuk ke mana- mana hujung tahun ni tapi mungkin agaknya dah terbiasa dulu- dulu bukan main tak sabar lagi nak tunggu hujung tahun sebab cuti sekolah, walaupun sekarang ni dah tak bersekolah lagi tp perasaan bila masuk hujung tahun tuh agak lain mcm sedikit
setiap kali hujung tahun saya akan memujuk - mujuk en Azhar tercinta untuk ke mana- mana walaupun hanya jauh sejengkal sebab kebiasaan hujung tahun ni di office keadaan agak berbeza sedikit kerana waktu ini ramai yg mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahun bersama - sama anak mereka bersempena dengan school holiday
Suka untuk saya mengingatkan mereka yang sudah berkeluarga untuk mengambil kesempatan untuk membawa anak mereka bersiar- siar terutama waktu cuti sekolah bagi dapat memenuhi masa lapang anak- anak dengan perkara yang berfaedah seperti membawa mereka untuk picnic, membawa anak- anak ke zoo, ke Aquaria, Petrosains serta ke tempat- tempat yang lebih menarik
Tahun lepas saya tidak ketinggalan memujuk en Azhar tercinta bercuti kami hanya sempat ke Melaka negeri yang penuh dengan sejarah, masih teringat lagi ketika di bangku sekolah dahulu terdapat pelbagai sejarah di negeri Melaka... tp kini negeri Melaka dah banyak berubah dari masa ke semasa dan yang terbaru negeri Melaka diisytiharkan sebagai Melaka Maju 2010, tahniah untuk Negeri Melaka!!!! rasanya saya mengharapkan perkara yang sama untuk Negeri Kelahiran saya dan suami iaitu Negeri Johor Darul Takzim hihihihi

Ok ada kawan- kawan yang bertanya ke mana destinasi yang sesuai untuk di bawa anak- anak ketika cuti sekolah ni huh... terus jer terlintas huh bawalah ke Cowboy Town Afamosa Melaka
kami berkesempatan ke sana pada musim cuti sekolah tahun lepas iaitu pd Christmas yang lalu
Kebetulan ketika sampai di Melaka kami terus cari hotel di Afamosa tp nampak nya agak hampa sebab semuanya dah full house maklumlah cuti sekolah dan hari Natal rata- rata yang datang dr Singapura...

Agak menghairankan kerana Cowboy Town di banjiri dengan pelbagai kaum, maka saya dan suami pun tanpa berlengah terus mencari tiket untuk masuk ke Cowboy Town to malangnya queue nya sangat panjang dan kami decided untuk pergi ke hari esok nya
Oh keesokan harinya kami berkesempatan untuk masuk ke Cowboy Town itu sendiri dan memang berpuas hati walaupun kami pergi tanpa kanak- kanak but still feel enjoy sangat sebab kami di hidangkan dengan pelbagai show...
nak dipendekkan cerita untuk sesiapa yang ingin membawa anak mereka bercuti sila lah ke Cowboy Town di Afamosa Resort Melaka, alamak nampak mcm promote lah pulak kan hahahahahah... takper ni ada few pic n video untuk u all semua

























Tuesday, November 23, 2010

Nikmat berhenti merokok



Salam semua, tajuk kita hari ini nikmatnya berhenti terlalu ramai dikalangan org pada hari ini yang mengamalkan tabiat merokok walhal telah pelbagai aktiviti dilakukan bagi mengurangkan amalam merokok cuma mungkin tahap kesedaran dalam diri individu itu sendiri masih berkurangan, bukan senang nak berhenti merokok itulah yang saya dengar berkali2 dari mereka yang menjadi perokok tegar tp percayalah di mana ada kemahuan disitu ada jalan....

Tidak sesekali mereka rugi jika berhenti merokok malah mereka patut berbangga kerana berjaya menjauhkan diri sebagai perokok
Telah terdapat banyak bukti bahawa merokok tidak langsung membawa kebaikan malah membawa lebih dr seribu kehidupan kepada mereka tp masih memilih untuk merokok saya pun kadang- kadang jd tak paham apa yg dia dpt dengan merokok??? merasa terlalu hebat jika merokok??? melepaskan tension?? walhal tak release langsung pun biler dia merokok tuh tp sebab dah mind set tuh dah jd habit biler tension hisap lah rokok sebab tu lah agaknya kalau tak dpt hisap rokok tuh rasa mcm tak lengkap kehidupan seharian.... kita sebagai orang di keliling berilah sokongan kepada mereka yang memerlukan dan kita berhak untuk berkata tidak kepada asap rokok, InsyaAllah doa kan mereka yang masih mencuba!!!
Di sini ingin saya kongsikan petikan yg saya baca dr kosmo mengenai seorang perokok tegar yang akhirnya berjaya berhenti menghisap rokok serta berkongsikan pengalaman bersama


KETAGIHAN merokok ibarat membunuh diri secara perlahan-lahan.


“BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen, 30, bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.

Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.

Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.

“Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok itu haram kerana apabila seseorang itu merokok dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri.

“Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang benarlah kita merosakkan tubuh kita.

“Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketika memutuskan untuk berhenti merokok, Mohammed Ameen sudah pun memasang niat yang besar.

“Ketika saya memutuskan untuk berhenti merokok saya juga berjanji untuk menggunakan wang perbelanjaan untuk rokok itu untuk melakukan penghijrahan spritual yang paling besar dalam hidup saya, iaitu mengerjakan haji,” kata Mohammed Ameen.

Kokain

Akuinya, sukar sekali untuknya berhenti merokok. Namun, Mohammed Ameen nekad bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan walaupun adakalanya beliau sendiri berasa ragu-ragu usaha itu akan berhasil.

“Ia merupakan satu usaha yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup saya kerana saya sangat seronok menghisap rokok, setiap batang yang pernah saya hisap.

“Jadi ketika berhenti merokok, ia amat sukar. Tetapi kerana saya sudah nekad dan sanggup mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga.

“Selepas dua tahun, rasa mengidam untuk menghisap rokok sudah hilang tetapi keinginan itu masih ada. Keluarga saya juga sangat gembira apabila mereka tahu saya sudah berhenti merokok.

“Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk merokok dalam setahun!” luahnya.

Biarpun berat untuk ditanggung, Mohammed Ameen berasakan keputusan untuk berhenti merokok merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Saya tahu pada bulan Ramadan ramai yang cepat-cepat merokok sebaik saja berbuka puasa. Tetapi kalau difikirkan sejenak, selepas menahan diri daripada merokok selama 18 jam kenapa tidak dilanjutkan tempoh itu sehingga 24 jam?

“Daripada menggunakan duit itu untuk melayan ketagihan seperti itu, lebih baik gunakannya untuk kebajikan.

“Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan tabiat merokok.


MOHAMMED AMEEN


“Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya ketika berada dekat dengan mereka,” kongsi Mohammed Ameen.

Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.

Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk menasihati perokok tegar yang lain agar mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.

“Saya bermula sebagai sukarelawan di sini tetapi kemudian saya berasa saya boleh memberi nasihat kepada orang lain.

“Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian namun saya harap orang lain akan menggunakan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti merokok.

“Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan,” pesannya. – ASIAN IMAGE

Monday, November 22, 2010

It’s Love

Tell-tale Signs that It’s Love, Love, Love

Tell Tale Signs You’ve got butterflies, good conversation, but sometimes it can be difficult to be sure if it’s love. How do you decipher whether the feeling in the pit of your stomach is the nervous quivering of anticipation or yesterday's lunch? Luckily “fools in love” are easy to spot. Here are some tell-tale signs that it just be might be love, love, love.

You are best friends. You laugh with them more than anyone else. The feelings of anticipation, passion, and connection are mutual. You remember little things about each other like their favorite foods, the places they want to visit and why, their views on everything from politics to fashion, and what they love about their closest buddies, but is it enough? Take a look at these signs to be sure.

What he’ll do:

* Put you on his “A” list (pay attention -- You'll know if you're not on it)
* Introduce you to his family
* Make plans for the future (near and far)
* Do things outside of his “box” with you
* Share his secrets and his dreams for the future with you
* Worry about impressing your friends
* Come right over when you ask him to
* Try to do things that comfort you or relieve some of your stress (like surprise you with dinner
on a night you are working, rub your feet, or ask about your day)
* Appreciate and reciprocate your feelings and your actions like giving you a massage after he
gets one from you, doing the dishes after dinner, or sending you a gift

What she’ll do:

* Share her embarrassing moments and fantasies with you
* Little things all throughout the day that let you know she’s thinking about you
* Fantasize about her life with you, getting married, having kids, growing old, traveling the
world, etc.
* Tease you
* Hang out with your mother or talk to her on the phone
* Appreciate and reciprocate your feelings and your actions, like offering to pay for dinner,
getting tickets to a game or event she knows you’ll love, or cooking for you
* Ask questions about your life -- past, present, and future
* Flirt with you

How you’ll feel:

* Excited, yet relaxed
* Vulnerable, yet strong
* Comfortable enough to be yourself in front of them
* Like you want to include them in everything (but you won't desert your usual crowd to be in a
relationship with them)
* You’ll miss them when they’re not around
* You can’t wait to see them, talk to them, play with them, and kiss them
* You’ll find yourself wanting to make plans to have them all to yourself
* You’ll have urges to do romantic things (maybe on the verge of stalker-like things) that you
never thought you’d never do

Signs that it’s not love:

* They blow you off or cancel dates
* Talking about commitment makes either of you uneasy or nervous
* Either of you are seeing other people
* Things are moving too quickly for one of you
* You find your partner lacking when compared to other people
* You watch a love scene in a movie or hear a love song and you feel a strong longing or desire for
what you don’t have

Tips before you commit:
* Take the time to compare who you have with who you know deep down that you desire and
deserve. Likewise, compare the relationship you have with the one you know you really want.
* Pay attention to how they treat their friends, family, business associates, and strangers. This is
a good indication of how they will treat you over time and a big insight into their overall
character.
* Ask yourself how well you know them and how well they know you.

Monday, November 15, 2010

Baizura Kahar dah kahwin






Alhamdulillah sekian lama saya duk tercari - cari info terbaru mengenai Baizura Kahar tiba- tiba tanpa angin ribut dapat tahu dia dah kahwin pulak, rindu betul nak tgk pic Baizura Kahar ni.. start suka dia berlakon masa movie sepi dulu mmg patut pun dia dapat anugerah pelakon filem wanita terbaik melalui filem sepi ni dia nampak berbakat sangat dan setahu saya dia pun berlakon secara tak sengaja
Saya doakan semoga berbahagia disamping suami yang tersayang dan semoa berkekalan sehingga ke akhir hayat, kalau ada sesiapa yang tak berapa kenal dengan Baizura Kahar ni tgk balik movie sepi dulu, dia nampak berbakat dan cute
apa yg saya suka pasal Baizura Kahar dia nampak humble...
Ada beberapa keping pic untuk dikongsikan bersama














Hari Raya Aidiladha

HARI RAYA AIDILADHA

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Thursday, November 11, 2010

Romantic Husband



Romantic... tak setiap manusia dikurniakan dengan sikap romantic, ada yang tak pandai langsung untuk bersikap romantic terutama dengan si isteri yang telah bertahun- tahun dikahwini, kadang- kadang kesian jugak biler ada teman yang datang dan bercerita mengenai suami nya bukan seorang yang romantic walhal perkara seperti itulah yang sangat di ingini oleh setiap wanita yang ada dimuka bumi ini tidak kira tua atau muda, Wah bertuah sungguh kita yang dikurniakan suami yang romantic dan diharap sikap romantic suami kita ini akan kekal hingga lah ke akhir hayat perkahwinan kita itu nanti....
Di sini ingin saya kongsikan tips- tips untuk menjadi seorang yang romantic yang mungkin boleh dikongsi oleh kita bersama dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini

♥♥♥ 10 Things You Can Do Right Now To Be Romantic! ♥♥♥

Make the decision to show your partner how you feel, right now! Below are 10 things you can do at this very moment to show your romantic side.

  1. Leave a flower somewhere your partner will find it, with a note that says, "I love you!"

  2. Write a love letter and have it mailed to your partner.

  3. Send your partner a romantic card

  4. Write 25 reasons why you love your partner and give it to your partner the next time you see them.

  5. Cut out a paper heart. On the paper heart write, "Did you know... you are the owner of my heart?" Leave the heart in a place you know your partner will find it.

  6. Call your partner right now and ask them out on a date.

  7. Arrange all the details of a surprise date for your partner, right now!

  8. Have flowers or other type of gift delivered to your partner.

  9. Write a love note and explain why, and when, you feel in love with your partner. Leave it in a place you know your partner will find it.

  10. Create a love dedication

Tuesday, November 9, 2010

Doa Selepas makan

Keadaan hari ini sama seperti hari2 semalam, kedatangan ke clinic malam tadi nampaknya tak membantu langsung untuk aku sembuh makin terasa lemah, mengantuk dan sebagainya mungkin kesan ubat yang diambil
hari ini aku memanjangkan langkah untuk keluar membeli makanan di BSN berhampiran office ku, perut agak lapar, selera pun sama cuma keadaan tekak yg masih berbaki rasa sakit ni tidak mengizinkan aku menikmati kelazatan makanan teramat sangat, hanya mampu untuk melapik perut yang sememangnya asyik sedang lapar kerana telah kuhidangkan dengan maggi pada malam tadi
selepas lunch aku kembali ke workstation untuk melihat apa yang boleh di surfing di waktu- waktu terluang begini dan tiba- tiba datang seorang hamba Allah menegurku mengatakan dah baca doa selepas makan ker tadi??? terkelu sebentar aku mendengar teguran begitu dia bacakan doa selepas makan tp rasanya terlalu laju untuk aku ikut, tapi dalam diam- diam aku pun mengoogle doa selepas makan untuk dikongsikan bersama tema- teman yang lain
Alhamdulillah jika setiap perlakuan kita sentiasa ditegur demi kebaikan, bukanlah seperti syaitan yang selalu berbisik ke arah keburukkan, MasyaAllah
Semoga diberikan pahala yang setimpal buatnya, amin


Ertinya:

"Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan yangtelah menjadikan kami orang-orang muslim."

(Riwayat Abu Daud)

Peringatan:

1. Mengisi makanan dan minuman serta makan dan minum itu sendiri hendaklah dengan tangan kanan. Kerana syitan makan dengan menggunakan tangan kiri.

2. Jangan bernafas waktu minum dan jangan meniup makanan/minuman yang panas.



Tips Kewangan dr Dr Irfan Khairi





Adakah anda semua pernah dengar mengenai irfan khairi, kawan saya telah meminjamkan buku dari dr irfan khairi sebanyak sedikit banyak yang saya pelajari dari sini antaranya adalah tips kewangan yang ingin saya berkongsi bersama antaranya adalah :-


  • Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)
  • PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU…TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
  • sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
  • Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!
dan dengan serta merta keinginan utk berjimat tuh terlintas difikiran tp apa perkara pertama yg saya nak buat yer, emmm rasanya esok mcm nak bawak bekal dr rumah mcm tu boleh hihihih... mana tahu sebanyak sedikit dapat kita menjimatkan wang!!!!

Monday, November 8, 2010

Happy 2nd Anniversary



Happy two year anniversary, baby
I love you with all of my heart and soul
You are my world, all of my dreams
And I want you to know that
I'll never let you go
You truly are the most important person
In my life

Baby, not only have you been my lover
But also my best friend
Through good times and bad
We've stayed by each others sides
Holding on tightly to each other
In each other we have found
Our happiness, our peace, and our home

Through the trials, obstacles
And even the distance
We haven't let it phase us
As we show the world that
Our love runs deep and true
That our bond is too strong to break
And throughout everything
We are forever devoted to each other

I can never express enough
How much I love you
How much I care about you
And how much I can't live without you
You truly are my soul mate,
My angel, and my piece of Heaven on earth
God has truly blessed us
For two years now and
I know He will continue to do so

Baby, I can't wait for the day
When we take that walk
Down the aisle and in front
Of our family and friends
Pledge our love to be everlasting
Through better or worse
For richer or poorer, in sickness
And in health
Until death do us part

We do, yes we do
Pledge to always and forever be true
We do, on our anniversary

Happy Anniversary sayang


Happy Anniversary sayang, hari ni genap 2 tahun usia perkahwinan kita
Alhamdulillah semoga ianya berkekalan ke akhir hayat, semoga kita dikurniakan dengan zuriat yang sihat, soleh dan solehah... semoga kita saling menyayangi each other sehingga bila- bila, semoga kita tabah menjalani liku - liku kehidupan berumah tangga di samping menikmati keindahan rumah tangga yang dibina bersama... am so proud to be your wife..