Click here!!!

Tuesday, November 9, 2010

Doa Selepas makan

Keadaan hari ini sama seperti hari2 semalam, kedatangan ke clinic malam tadi nampaknya tak membantu langsung untuk aku sembuh makin terasa lemah, mengantuk dan sebagainya mungkin kesan ubat yang diambil
hari ini aku memanjangkan langkah untuk keluar membeli makanan di BSN berhampiran office ku, perut agak lapar, selera pun sama cuma keadaan tekak yg masih berbaki rasa sakit ni tidak mengizinkan aku menikmati kelazatan makanan teramat sangat, hanya mampu untuk melapik perut yang sememangnya asyik sedang lapar kerana telah kuhidangkan dengan maggi pada malam tadi
selepas lunch aku kembali ke workstation untuk melihat apa yang boleh di surfing di waktu- waktu terluang begini dan tiba- tiba datang seorang hamba Allah menegurku mengatakan dah baca doa selepas makan ker tadi??? terkelu sebentar aku mendengar teguran begitu dia bacakan doa selepas makan tp rasanya terlalu laju untuk aku ikut, tapi dalam diam- diam aku pun mengoogle doa selepas makan untuk dikongsikan bersama tema- teman yang lain
Alhamdulillah jika setiap perlakuan kita sentiasa ditegur demi kebaikan, bukanlah seperti syaitan yang selalu berbisik ke arah keburukkan, MasyaAllah
Semoga diberikan pahala yang setimpal buatnya, amin


Ertinya:

"Segala pujian bagi Allah yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan yangtelah menjadikan kami orang-orang muslim."

(Riwayat Abu Daud)

Peringatan:

1. Mengisi makanan dan minuman serta makan dan minum itu sendiri hendaklah dengan tangan kanan. Kerana syitan makan dengan menggunakan tangan kiri.

2. Jangan bernafas waktu minum dan jangan meniup makanan/minuman yang panas.



No comments:

Post a Comment