Salam, semua pembaca..
Perasan tak bila masuk jer waktu hujung tahun perasaan nak pergi holiday tuh berkobar- kobar sangat walhal takde planning lagi pun untuk ke mana- mana hujung tahun ni tapi mungkin agaknya dah terbiasa dulu- dulu bukan main tak sabar lagi nak tunggu hujung tahun sebab cuti sekolah, walaupun sekarang ni dah tak bersekolah lagi tp perasaan bila masuk hujung tahun tuh agak lain mcm sedikit
setiap kali hujung tahun saya akan memujuk - mujuk en Azhar tercinta untuk ke mana- mana walaupun hanya jauh sejengkal sebab kebiasaan hujung tahun ni di office keadaan agak berbeza sedikit kerana waktu ini ramai yg mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahun bersama - sama anak mereka bersempena dengan school holiday
Suka untuk saya mengingatkan mereka yang sudah berkeluarga untuk mengambil kesempatan untuk membawa anak mereka bersiar- siar terutama waktu cuti sekolah bagi dapat memenuhi masa lapang anak- anak dengan perkara yang berfaedah seperti membawa mereka untuk picnic, membawa anak- anak ke zoo, ke Aquaria, Petrosains serta ke tempat- tempat yang lebih menarik
Tahun lepas saya tidak ketinggalan memujuk en Azhar tercinta bercuti kami hanya sempat ke Melaka negeri yang penuh dengan sejarah, masih teringat lagi ketika di bangku sekolah dahulu terdapat pelbagai sejarah di negeri Melaka... tp kini negeri Melaka dah banyak berubah dari masa ke semasa dan yang terbaru negeri Melaka diisytiharkan sebagai Melaka Maju 2010, tahniah untuk Negeri Melaka!!!! rasanya saya mengharapkan perkara yang sama untuk Negeri Kelahiran saya dan suami iaitu Negeri Johor Darul Takzim hihihihi
Ok ada kawan- kawan yang bertanya ke mana destinasi yang sesuai untuk di bawa anak- anak ketika cuti sekolah ni huh... terus jer terlintas huh bawalah ke Cowboy Town Afamosa Melaka
kami berkesempatan ke sana pada musim cuti sekolah tahun lepas iaitu pd Christmas yang lalu
Kebetulan ketika sampai di Melaka kami terus cari hotel di Afamosa tp nampak nya agak hampa sebab semuanya dah full house maklumlah cuti sekolah dan hari Natal rata- rata yang datang dr Singapura...
Agak menghairankan kerana Cowboy Town di banjiri dengan pelbagai kaum, maka saya dan suami pun tanpa berlengah terus mencari tiket untuk masuk ke Cowboy Town to malangnya queue nya sangat panjang dan kami decided untuk pergi ke hari esok nya
Oh keesokan harinya kami berkesempatan untuk masuk ke Cowboy Town itu sendiri dan memang berpuas hati walaupun kami pergi tanpa kanak- kanak but still feel enjoy sangat sebab kami di hidangkan dengan pelbagai show...
nak dipendekkan cerita untuk sesiapa yang ingin membawa anak mereka bercuti sila lah ke Cowboy Town di Afamosa Resort Melaka, alamak nampak mcm promote lah pulak kan hahahahahah... takper ni ada few pic n video untuk u all semua
No comments:
Post a Comment