Click here!!!

Sunday, March 20, 2011

Suri masih hisap puting

Salam semua,

kan saya dah bilang kalo dah ada mood tuh mcm- mcm nak citer, td terbaca dari metro online mengenai suri dan ini petikan dari akhbar metro tersebut, jom layan...

Suri masih hisap puting

ASYIK...SURI Cruise menghisap puting sambil memeluk erat patung beruangnya.
ASYIK...SURI Cruise menghisap puting sambil memeluk erat patung beruangnya.

DIA mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila memakai kasut bertumit tinggi dan mekap tebal pada usia begitu muda.

Tetapi minggu lalu, Suri Cruise membuktikan walaupun dia sudah cukup besar untuk memakai kasut seperti orang dewasa, masih ada beberapa aspek kehidupan kanak-kanak yang masih belum boleh dia tinggalkan.

Ketika dibawa bersiar-siar untuk membeli-belah oleh ibunya, Katie Holmes di Vancouver, Kanada, hujung minggu lalu, Suri dilihat begitu asyik menghisap puting dan memeluk erat patung beruangnya.


Ketika pendapat mengenai bila seorang kanak-kanak dianggap terlalu tua untuk menghisap puting berbeza antara doktor dan pakar kanak-kanak, ramai yang bersetuju bahawa enam bulan adalah usia paling ideal untuk berhenti kerana membiarkan kanak-kanak menggunakannya selepas usia itu mungkin menjejaskan keupayaan menggigit mereka pada masa depan.


Katie dan Suri berada di Vancouver kerana Tom Cruise menjalani penggambaran terbaru filem Mission Impossible IV.

Dan dalam usaha memastikan anaknya terhibur sepanjang berada di bandar raya itu, Katie membawa Suri membeli-belah di sebuah kedai mainan.

Pasangan itu keluar dari Kedai Mainan Kaboodles di Pasar Kanak-Kanak Granville Island dengan beg penuh dengan mainan sebelum berpimpin tangan menuju ke kedai kek.

Suri yang ternyata sudah bijak dalam memilih fesyen pakaian, sempat menukar kot antara kedai mainan itu dengan kedai kek.

Katie baru-baru ini bercakap mengenai minat Suri pada fesyen dan mengaku anaknya semakin suka berbelanja.

“Beberapa hari lalu kami keluar dari sebuah kedai dan Suri berkata: ‘Saya mahu ke sana,’ sambil menunjukkan sebuah kedai lain yang agak jauh. Di kedai itu ialah baju yang diinginkannya.

“Saya berkata kepadanya. ‘Wow Suri. Anda tahu di mana pakaian anda berada, walaupun dari jauh,’ ” kata Katie.

Sementara itu, Katie dilapor sudah bersedia untuk menyaman majalah Star kerana cerita muka depan bulan lalu yang berjudul ‘Addiction Nightmare: Katie Drug Shocker.’

Cerita itu mendakwa Katie menyertai satu sesi Saintologi di mana sebuah e-meter’ digunakan. E-meter, ialah peralatan pengukur elektrik yang digunakan dalam sesi menilai kumpulan kontroversi itu, yang didakwa mengukur tentangan terhadap elektrik dan menggambarkan pengalaman emosi masa lalu.

Dalam pada itu, siri televisyen lakonan Katie, ‘The Kennedys,’ yang menjadi perbualan hangat, akan disiarkan sedikit masa lagi. Meskipun History Channel enggan menyiarkannya, ia sudah dibeli oleh ReezChannel.

ok ni ada few pictures Suri yang gorgeous yang ingin dikongsi dan menunjukkan Suri mmg pandai bergaya mengalahkan org dewasa!!! (rasa mcm nak kidnap jerk)









3 comments:

  1. mcm klakar je, bergaye kemain lg tp still hisap puting..

    ReplyDelete
  2. NM02: mmg comel tgk selalu nanti dpt baby girl mana tahu terkenan, jgn kenan hisap puting sudah lah hihihi...

    gEe: mmg kelakar pun

    ReplyDelete