Click here!!!

Thursday, December 30, 2010

Lagi tips untuk kuruskan badan


Salam untuk semua,
semalam saya ada cerita mengenai tidurlah jika ingin kurus, hari ni saya tak cerita masih lg dlm tajuk nak kuruskan badan tp kali ni mengenai makanlah jika ingin kurus wakakakaka... melampau tajuk ko kan tak masuk akal sorry ekk gurau2 ajer
saya nak kongsikan tips untuk kurus, lately ni berat badan naik tak hingat dulu2 rajin gak pergi gym tiap2 hari tanpa jemu sekarang ni nak melangkah masuk dlm gym pun mcm takde daya, inikan pula nak berlari atas treadmill kat gym tuh pasti bergegar dan semua org terpaksa berhenti exercise sebab saya sedang berlari dgn gigihnya nak menguruskan badan..
apa kata kali ni kita kongsikan tip- tips serta petua yang ada ok, macam2 lah kita buat kalau tak boleh yang moden kita pakai petua traditional gak kalao tak boleh gak cara paling senang terpaksalah mintak hubby korban skit sebab saya nak pergi buat treatment sedut lemak wkakakaka... giler lah dik non ni...

1. Jangan berlapar makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan- lahan
nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil k
unyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


tapi kan nak bgtau kalau semua tips kat atas tak dapat membantu adalah bagusnya kalau paksa diri untuk pergi gym dan buat exercise hihihi, apa2 pun good luck kepada yang ingin mencuba!!!

Tuesday, December 28, 2010

Tidurlah jika ingin kurus, biar betul??



Salam semua,
saya agak terkejut sedikit dengan artikel yang saya baca dari majalah rapi tidurlah jika ingin kurus?? betul ker setahu saya org selalu ckp kalau kuat tidur nanti gemok.. mana satu fakta dan mana satu auta ni peliklah saya tp hari ni saya dah dapat kesimpulan nya dan saya nak kongsi dengan semua petikan ni saya ambil dari majalah rapi


" Berdasarkan satu penyelidikan yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, didapati individu yang mengalami masalah kegemukan, berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah kurang tidur. Menurut pendapat dan kajian seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern, Fred Turek, diet serta senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap tidak memberangsangkan. Oleh itu, mulai dari sekarang. Cubalah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi. Usah lagi berjaga sehingga larut malam. Cuba selesaikan tugas anda seawal mungkin, berbanding hari-hari sebelumnya. Jika saranan ini dapat dilakukan dengan teratur, berserta diet dan senaman yang konsisten, tidak mustahil anda boleh menurunkan 10 kg atau lebih dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Ubahlah tabiat tidur anda sekarang. "

Belated Birthday Celebration

Salam semua,
sepanjang saya menghabiskan annual leave last week saya telah dikunjungi oleh family termasuk mama n abah serta adik beradik yang lain.. gembira betul rasanya biler dapat berkumpul ramai- ramai mcm ni semuanya rasa enjoy sangat sambil berbaai activity dapat dilakukan bersama, hilang rasa penat yang ada.. saya suka biler ada tetamu dtg ke rumah lgpun kan ada pepatah tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah insyaAllah
ok sebenarnya nak cerita biler adik saya yang no 3 datang actually dia dtg dgn bawak cake sekali rupanya ada perancangan nak celebrate birthday saya dan anak buah saya syakira yg jatuh pd 15 Dec hari tuh, kebetulan birthday saya jatuh pd 6 Dec kan so kami decide nak celebrate birthday kat Satay Station sebab tempat ni dah jd favourite place utk mama saya, dia pasti takkan terlepas makan kat sini everytime dia turun kl hihihihi sedap katanya mcm tuh jugak dgn makcik2 n cousin2 yang lain jauh2 dtg dr singapore mesti ingat nak makan kat Satay Station ni, tp to be honest kan Satay Station ni dah tak mcm dulu sgt dulu satay nyer mmg mantap biler makan tuh terasa mmg puas skang ni biler makan dah few times terasa mcm mentah mungkin dia bakar sekejap sgt kot lgpun customer makin bertambah tp walau apa2 pun diorg kena jaga quality makanan diorg otherwise customer akan lari pergi carik tempat lain.. habis cerita....
harga untuk secucuk satay adalah 0.80 sen, selain dari satay mereka ada menghidangkan mee rebus tetapi rasa mee rebus kat sini dgn mee rebus Hj. Wahid mmg totally berbeza tp saya suka rasa mee rebus kat sini sedap sangat tp semakin hari kan mee rebus nyer makin kurang harga masih sama jugak tp mee nyer boleh di kira dgn jari makin lama makin sikit :-( so kalau makan mee rebus sahaja kena order dua mangkuk wakakakaka selera bukan main lagi kan

ok so minuman yang menjadi kegemaran saya kat sini adalah Air asam boi rege nya pun leh tahan rm4++ ice nyer penuh segelas hihihihi
ok kalau nak tahu satay station ni boleh book tempat tau kalau nak buat apa2 event kan tp rasanya nak book boleh tp dah few times book on weekend dia kata tak boleh n yg paling best diorg ni ada delivery service tau leh hantar sampai depan pintu rumah kita tp kalau nak lagi feel sila lah ke satay station di kampung pandan yer

apa2 pun kami tetap enjoy dgn makanan di samping family yg ada kan, lengkap rasanya biler ada org tersayang keliling kita
nanti saya share kan pic yang diambil masa kat sana tuh ok
Anyway thanks to all my brother, sister n sister in law serta anak buah yang tak berapa ramai tapi cukup meriuhkan keadaan hihihihi


satay ayam dan daging

Birthday cake, jauh ni dr johor


si kecik dah geram tgk cake

Birthday gurl syakira bersama adiknyer aman dan disebelah kiri adam

cuba tgk mata dua org budak lelaki kecik tuh

mee rebus sedappp A+

baju putih Farid adik no 3, baju brown awal adik bungsu

ni hubby saya

close up skit gambar cake

semua nak potong cake

anak kecil yang tak duduk diam

aman yang masih teruja dgn cake


Lagenda Budak Setan drama series



Salam semua,
hari ni hari selasa siapa yang pernah tgk Lagenda Budak Setan drama ni kat astro setiap selasa jam 10.00 malam?? jgn counfuse tau ni bukan lagenda budak setan the movie tp ni drama punya dulu2 hubby tak berapa suka sangat nak layan2 drama bersiri esp citer melayu hokay tp semenjak tgk citer ni tiap2 selasa dia menunggu katanya farid kamil cool dlm citer ni tp saya tak rasa dia nak tgk Farid Kamil tp dia nak tgk Jue Aziz sebenarnya wakakakaa.. itu tanggapan saya jer lah yer sebab bukan kata hubby jer yg suka tgk dia dgn saya2 sekalipun suka tgk si Jue Aziz tuh ntah kenapa agaknyer mmg dr dulu suka duk tgk minah ni sebab dia ni nampak ayu kot sesuai lah dgn nama dia Ayu dlm citer ni hihihi..
dia nampak mcm pandai bergaya dan lesung pipit dia nampak cantik wah suka saya, tp suara dia agak garau sedikit wakakakak apa2 pun saya mmg akan tgk citer tuh kalo dia yg berlakon... ish ada ker perempuan suka tgk perempuan kan ish ish ish....
Anyway dulu masa kuar movie heroin dia Lisa surihani tp kali ni drama si Jue Aziz pulak yg jadi heroin dia biler tgk dorang ni bercinta kan tergerak lak dlm hati ada ker org bercinta sampai mcm tuh sekali, tragis betul lah kisah cinta diorg ni, kesian pun ada mcm2 dugaan diorg lalui tp mamat tuh tetap setia sayang kat si ayu tuh sampai biler2 dan walau mcm2 dah berlaku kat si ayu ni ,tak sabar duk tunggu ending dia mcm mana, dulu pernah baca buku novel lagenda budak setan ni jaman hingus2 dulu tp tak hingat jalan cerita dia mcm mana..
ok lah kalau yang berminat tgk lah tp agak kuciwa sikit lah sebab cerita dah separuh nanti ada pulak yg tak tahu hujung pangkal dah susah pulak kan tp kat dlm youtube ada kalau nak layan hihihi...


saya nak share lagu OST lagenda budak setan ni ngan lirik2 lagu dia sekali, layan k

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan





CIMB Oh CIMB

Salam semua,
maaf agak lama tidak mengupdate blog sebab saya bercuti minggu lepas bukan sebab takde internet kat rumah tp alangkah busy nyer saya pd minggu2 lepas kerena melayan tetamu2 yang hadir ke rumah...
Alhamdulillah kali ni dapat jugak luangkan masa nak update blog walaupun hanya sekerat sahaja.
Nak bercerita tentang CIMB, ahad lepas saya pergi ke ATM machine CIMB di concourse tower 1 bersebelahan dengan kedai mesra dan berhampiran dengan kaunter ticket skybridge utk withdraw duit, masa nak withdraw mmg tak sedap hati tp tetap diteruskan jugak tiba2 machine dah kira2 duit semua tp kad tak boleh keluar sebab tersangkut, duit terus tak keluar dan resit pun tak keluar jugak n tiba2 terus machine terus display tergendala (bengong) after few minutes tunggu still tergendala terus naik ker CIMB KLCC utk buat report..
mcm biasalah isi form lah apa lah, officer janji nak call after one hour sebab nanti ada org dtg n collect semua kad2 yang stuck kat machine tp after 10 hours pun tak dak org call n tunggu keesokan harinya pula masih takde org call
hari ni saya dah start kerja n perasaan agak menyirap2 sebab at least ko call lah nak bgtau status tp ni diam membatu dan yg paling best niari aku call one of their colleague bgtau staff yg incharge cuti so saya adalah terkesima sebab speechless, rasanya saya buat report di CIMB sekali lagik di CIMB bukan personnaly kat mamat yg incharge tuh so in case kalau mamat tuh berhenti ker, apa ker so apa citer kes saya ni.. diperam ker?? berkubur???
saya diminta utk check semula pd hari khamis dan yg paling tak best perkara ni pernah berlaku dlm tahun 2000 dulu saya withdraw duit rm500 tp duit tak keluar n dah deduct from account, tak pasal2 turun balik jb, turun naik balai polis central buat report sampai ada sarjan ni ugut kalau kita tgk cctv gambar u keluar mcm mana?? saya pun tercengang sebab adakah saya yg bersalah tp masa tuh malas nak panjang cerita so saya diamkan sahaja tp dlm hati berkata mungkin bukan rezeki aku tp kali ni tak boleh diamkan diri
sekali lagi paling worst hari ni lunch time td saya pergi ke cash deposit CIMB again di KLCC nak masukkan duit tp ntah apa lah malang sangat nasib nya tiba2 machine tgh2 kira duit tiba2 machine tergendala pulak rasa mcm nak menangis lompat2 pun ada tau wey asal lah korang punye machine ni menyusahkan org ekk kalau rasa machine tuh giler ke bengong ker adalah lebih baik jual ke tempat besi buruk dr menyusahkan hidup aku tak suda2 tak sampai seminggu pun dah mcm2 berlaku, bukan sikit tau aku bank in dlm 3K
kalau lah duit aku tuh hilang mcm tuh jerk aku tuntut sampai biler2 tau wey, korang ingat skit skang ni dah ler RM500 aku lesap la ni lagik RM300 korang simpan skang ni pulak RM3000 pulak nak disapu sakit pala kalo mcm ni
tiba2 terasa mcm penat melayan benda2 jelik mcm ni, hari ni saya habiskan masa dgn duk call dorang sepanjang hari dan complian kat customer service dan tiba2 ada seorang officer call katanya dia yg akan siasat kes ni tp kita tunggu dan tgk jer lah diorg ni buat kerja atau tak
apa2 pun saya nak bgtau yg saya dah penat nak melayan kerenah mcm ni

Thursday, December 9, 2010

Sungai Gabai


Salam semua, salam maal hijrah!!! sorry walaupun agak terlambat sedikit ucapan untuk tahun baru ni, saya dan beberapa teman- teman telah merancang untuk pergi picnic sempena cuti Maal Hijrah yang jatuh pada hari selasa... tp ada few option tempat yang kami nak pergi nanti, bestnya excitednya dah lama rasanyer tak pergi picnic tempat2 mcm ni pertama sekali ada yang mencadangkan ke Sg. Tua, ke Sg. Congkak, ke Sg. Kanching dan akhirnye kami semua telah sepakat untuk ke Sg. Gabai. Lokasinya di Hulu Langat berdekatan juga dengan Sg. Congkak cuma beberapa km beza nya.. Actually beberapa dugaan yang kami hadapi before nak sampai ke sana, dah mcm scene senario the movie pun ada tp takper kalau ada rezeki nak ke sana sampai jugak akhirnya walaupun telah pelbagai dugaan di lalui... so keadaan agak terkawal masa dah nak sampai tu sebab tak banyak kereta yang keluar masuk di sini tapi rupa- rupanya lain pula yang dijangkakan biler dah nak sampai ke entrance Sg. Gabai ni, parking agak penuh dan kereta pun sesak, anggaran kami sampai ke sana lebih kurang pukul 12 tgh hari walaupun pada perancangan nak dtg awal sebab nak book tempat tp dah bagai2 ragam di lalui sampai jugak walaupun dah tgh hari kakakakka.... Agak tidak mengecewakan kerana kami dapat port yang boleh dikirakan baik jugak, orang punya lah ramai dah bukan mcm sg, Gabai tp sungai orang ahahhaha... Apa2 pun kami semua enjoy the moment walaupun di Sg, Gabai ni sebab actually bukan senang nak bersama2 pergi picnic ni sebab semua orang busy dgn hal masing2 so sempena dgn cuti ni apa lagi kami pun merancang sesuatu lah, jom kita layan beberapa keping pic ni...



ketibaan di Sg Gabai


sampai- sampai jer semua nak makan dulu sebab dah lapar




salad yummmy yummy

lamb yang delicious!!!

tak nak mandi ka?? duk barbeque dr tadi

kan dah bilang, nampak lazat kan???

1 Malaysia, 1 family

Jemput makan ye semua


Close up skit

wuah org berposing kat dlm air ko nak berposing atas batu gak wakakakka....

2nd round, lapar lepas berendam

mak ai licin kah???

nak posing bawah cendawan

wey mana mak cik lg sorang td

kepenatan ker, ngantuk??

last kopek, saper mau??

Alamak ada surprise lah, nak senyum pun tak reti dah ni, malu akak dik non...

pasangan merpati sejoli (perasan)


Birthday cake, yummy + delicious

kembar

tak habis lagi ker makan

berendam sampai kembang, besttt!!!

ni tak mau mandi takut air ka??

awat tak mandi lagi semua ni??

cepat2 saya nak mandi ni

jemput2 makan cik yun


nasik lemak 50 sen

alah kesian birthday gurl ni lambat nak tiup lilin

jom posing sebelum balik
posing lagik wakakakak

eh asal semua tak ready ni?? mana hubby 8-|

Pelangi di hati




Assalammualaikum semua,
alhamdulillah dapat juga saya meluangkan masa berblogging rasa nyer dah lama gak sunyi blog ni tak di update saya agak busy lately ni banyak sgt perkara yang harus di settlekan...
Saya suka semenjak berpindah dirumah baru ni saya selalu nampak pelangi, selalu sgt.. saya suka
setiap kali saya nak keluar pergi kerja saya nampak pelangi, saya pun tak tahu kenapa saya suka sgt tp hati rasa riang gumbira macam nak keluar ke tadika pula
♡♡