Click here!!!

Thursday, October 25, 2012

Ptg raya Aidiladha

Asslamualaikum semua... 

Korang dah kat mana ekk, aku masih disini masih kat opis lagi opis aku dah mcm kubur sunyi sepi semua org dah cuti ada yg dah hilang menyepii, ada yg dah menyepi kan diri... aku lak terkebil2 tunggu hubby, hubby hubby mana kamu teriak aku sambil mengesat2 air mata.... wah dah mcm cerekarama lah pulak, sewel lah ptg2 raya ni
Aku tgh tunggu hubby ambik aku ni lepas ni balik2 siap pastuh nak blk jb, biasanya kalau petang2 raya sebelum ni kalau korang nak tahu belum pernah ada kejadian aku masih kat opis tp lepas kahwin ni aku ada jer kat opis ptg raya maklumlah dulu masa aku bujang single mingle pantang nak raya awal2 aku dah balik mmg aku tak pandang kanan kiri pun, kadang2 seminggu nak raya lagi aku dah cuti, cuti sebab balik kampung rindu kat mama ngan abah, cuti sebab nak tolong mama anyam ketupat (eh aku tak reti anyam), tolong mama rebus ketupat, isi beras dlm daun ketupat, tolong mama masak kari ayam, rendang, sambal goreng, kemas umah, mcm2 lagik 
Tp lepas dah kahwin aku ikut hubby, dia keja aku keja, dia cuti aku cuti dia blk awal pun aku ikut, dah namanyer org dah kahwin kan ikut jer lah tp kadang2 raya time blk jb hubby yg ajak cuti awal2 excited.. laki aku pun tak kisah nak blk kampung awal orang lain jgn kisah pulak..

Biasa kalau time2 raya ni abah tukang ambik daun nak anyam ketupat, mama lak tukang anyam+ tukang masak, yang tolong biasa aku n adik aku tak ramai tp tukang bedal ramai hahahaha... meriah walaupun ada beberapa kerat jer tp dlm hati mmg cukup meriah, setakat ni belum pernah lagi aku beraya tanpa ketupat, orang sekarang ramai yg rebus nasi himpit kan tp family aku belom pernah lg raya rebus nasik impit, rasa mungkin sama tp perasaan tuh lain.. 
Anyway itu jer nak tulis petang2 raya ni, hati tak keruan sebab masih kat opis orang lain semua dah berkeliaran balik, aku pun nak call hubby so SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, kalau ada yang nak blk kampung tuh have a safe journey n drive safely, nanti kalu sempat aku update lagi ok




No comments:

Post a Comment