Click here!!!

Tuesday, November 27, 2012

Happy Birthday Buah hati Mummy n Daddy



Ya Allah syukur Alhamdulillah,

Anakanda aku Muhammad Iman Heykal dah masuk usia setahun, mummy doakan semoga awak menjadi anak yg soleh, menjadi insan yang berguna kepada semua di dunia dan diakhirat, mummy doakan kesihatan awak sentiasa didalam redha illahi, semoga beroleh kejayaan didunia serta diakhirat, semoga awak terang hati menerima segala ilmu dan bekalan untuk diakhirat.. Mummy sentiasa rindukan awak dimana saja awak berada, mummy sentiasa doakan awak, mummy sentiasa teringatkan awak, mummy sentiasa senyum bila teringatkan keletah awak, semoga awak akan sentiasa menjadi penyejuk hati kami...

Mummy yakin daddy pun doakan yang terbaik untuk awak, daddy workhard untuk awak, semoga awak menghargai setiap titik peluh daddy hingga akhir nanti, semoga awak menjadi manusia yang berguna untuk semua itu doa kami...

Sepanjang menjangkau umur setahun ni macam2 keletah iman, skang dia dah pandai tolong aku mengemas, yang buat aku paling terkejut bila aku tgh masak kat dapur iman petik gitar.. terkejut beruk kejap aku.. semua benda yang daddy awak buat sekejap jer awak praktikkan.... Iman dah setahun tapi masih belum boleh berjalan sendiri, mummy n daddy tak sabar tunggu iman punyer first step takut sangat dia nak melangkah terkelip2 mata kalau mummy lepaskan tangan dia, sungguh tak pandai berjalan tapi dah pandai panjat 4 anak tangga rumah berderau darah mummy.. Awak suka buat mummy suspen..Awak suka gigit mummy, awak suka bully mummy tp dengan daddy awak sangat behave, awak baik je dengan mummy habis awak panjat, awak gigit lepas gigit awak ketawa suka tgk mummy pekik2, awak gigit kakak syakira masa kakak syakira angkat awak, awak mmg bijak suka mengusik tak padan kecik

Kalau mummy n daddy balik kerja beri salam masuk rumah babysitter awak terlompat- lompat hilang segala penat turun naik tangga mummy kejar train tak sabar nak jumpa awak.. semoga awak jadi anak yg bijak...

Mummy selalu cakap awak manja tapi daddy tegur jangan ckp manja ckp iman CLEVER, iman mmg clever pandai bergurau suka ketawa mengekek kalau daddy buat lawak... dulu2 iman tdo dlm playpen tp now iman nak ikut tdo atas katil mummy, mummy pun rindu hari2 nak tdo dengan awak atas katil tapi awak suka berguling atas katil macam nak tdo sorang2 mummy ngan daddy mcm jadi bantal penghadang supaya awak tak jatuh tp awak tetap jatuh ketika mummy sedang lena di ulit mimpi, mummy mintak maaf kadangkala mummy careless sebab tgh berdengkur ahhahahahaha...

Mummy n Daddy love u so much, love u load, love u more than everything, love u more than anything, love u all the time, love u forever n ever, love u till the end, love u until my last breath... Semoga Allah merahmati keluarga kita, semoga kita dilindungi Allah sekeluarga in Sha Allah....

Mummy n Daddy akan buat yang terbaik untuk awak, semoga awak berjaya kerana awak adalah amanah Allah yg paling berharga buat kami Iman, love u thousand times!!!!

We do our best to b the best for u sayang!!! promise...






No comments:

Post a Comment