Click here!!!
Tuesday, March 16, 2010
Majlis akad nikah 8/11/2008
Alhamdulillah setelah berhari2, berminggu2 dan berbulan2 sibuk buat preparation untuk bergelar raja sehari kini tibalah hari yang dinanti2kan untuk aku dan bakal suami.. dengan persiapan yang tak seberapa di harapkan majlis dapat berjalan dengan lancar dan semoga diberkati dengan kehadiran semua tetamu yang hadir Kad undangan dah dilayangkan, mak andam, pelamin,sourvenir untuk tetamu, catering, canopy, semua seperti dalam perancangan... so hari rabu lagi aku dah cuti sebab nak tgk dan bantu apa yg patut kat johor, my hubby pulak dia akan balik ker jb hari khamis sebab we all akan bernikah pada sabtu pagi.... Seawal 6.am aku dah bangun bersolat, berdoa untuk yang terbaik semoga semuanyer akan berjalan lancar.. mak andam start datang pukul 8 pagi lagi, sani nama mak andam aku alhamdulillah tak susah bekerja dengan dia semua dia uruskan dari pelamin, baju, meja makan pengantin, bilik tidur semuanyer aku serahkan bulat2 pada dia... yang pasti dia dah lakukan yang terbaik dan aku sangat berpuas hati dengan kerja dia, aku tak pening kepala asal ada jer yg aku minta dia buatkan dan tambah tanpa ada banyak soalan dia akan buat... Hari ni aku akan bergelar isteri, isteri buat suamiku azhar, lelaki yg aku sayangi, aku cintai semoga menjadi isteri terbaik buat dirinya... kami akan bernikah di masjid Abu Bakar johor, aku pilih bernikah di masjid ni sebab dari dulu lagi aku tergerak hati nak buat majlis nikah kat sini alhamdulillah terlaksana jugak akhirnyer, dengan bantuan cik Ramli akhirnyer apa yg aku impikan tercapai, dari nak booking jurunikah semua dia yang bantu alhamdulillah...
Majlis pernikahan dianggarkan pukul 11.00 pagi aku dan keluarga bergerak ke Masjid pukul 10.30 pagi semua mak cik dan tetamu terus ke masjid.. sepanjang perjalanan aku masih tak rasa apa2 lagi, tapi sesampai jer aku kat masjid tuh aku rasa mcm tak sedar pulak, rasa mcm tak percaya yg aku sebenarnyer otw ke majlis pernikahan aku sendiri... ehhehe mabuk kan.. biler aku sampai jer kat masjid pihak lelaki pun baru jer sampai kat Masjid tuh, so kami masuk ke dalam masjid sementara menunggu imam yg bakal menikahkan aku hari tu adalah imam Mahadzir, thanks to imam Mahadzir kerana sudi menikahkan kami... begitu juga dengan cameraman FOTOKAHWIN diorg pun dah ada kat masjid tuh masa ketibaan kami semua, alhamdulillah semua yg aku pilih sangat memuaskan hati kami... Pukul 11.20 pagi semua kehadiran yg dinantikan telah hadir, maka dengan Bismillah majlis dimulakan, genap pukul 11.30 pagi akad dan nikah dimulakan alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz kami bergelar suami isteri, syukur kehadrat Illahi tidak terhingga, bersyukur sangat semuanya di permudahkan... Ada beberapa keping gambar waktu majlis pernikahan aku
ketibaan pengantin perempuan
rombongan dari pihak lelaki
rombongan pengantin perempuan
rombongan pihak lelaki dan perempuan
Langkah pertama dengan Bismillah...
Tetamu di luar
Alhamdulillah semua yang hadir memberi keberkatan especially majlis di adakan Masjid rumah untuk kita berserah dan beribadah kepadaNya
mak cik dan pak cik juga turut hadir di majlis pernikahan, amin
Hantaran dari pihak lelaki
hantaran dari pihak perempuan
Our sweet moment ketika akad nikah
Alhamdulillah semuanyer dah selesai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment