Salam to all friends
Makin hari makin malas lah mood nak berblog, mood makin ke laut, laut china selatan agaknyer hihihihi... ntah lah lately ni mcm semua benda tak menyempat, kesian pokok2 kat rumah tak berjaga, kesian muka dah lama tak difacial, kesian kulit dah lama dibiarkan kusam semua mcm tak sempat mana tak nyer kalau dah sampai rumah pun dlm pukul 8 atau 9 malam apa pun tak sempat nak buat paling kesian hubby sebab dah lama tak sempat nak masak utk dinner, syukur semalam sempat goreng nasik dengan samosa..
ikutkan mmg tak sempat tapi kena pandai2 curi masa, nak seribu daya tak nak seribu dalih... bukan dalih tp terkadang balik rumah dah lambat badan rasa letih dan lelah sgt nak buat apa pun tak berdaya tp masih mencuri masa bermain dan bergurau dengan anak bujang kesayangan, buah hati pengarang jantung agak2 iman dah nak tdo mummy pun ikut pengsan sama hihihi...
Allhamdulillah, anak bujang saya membesar dengan jayanya, suka btol mummy tgk tumbesaran dia skang ni gigi geraham dah tumbuh, makan pun nak makan makanan yg keras2 no more bubur mummy, spaghetti carbonara favourite, biscuit.. pendek kata mana yg keras2 dia suka, tiap2 hari lepas balik kerja mummy nyer tangan jadi manga gigitan dia, dia mcm geram jer tgk tangan mummy dia tarik sampai dapat masuk mulut dan geget kuat2, kadang2 sampai lebam kadang2 sampai merah padam.. mcm2 anak bujang aku ni, dgn daddy sgt behave daddy dukung siap letak2 kepala kat bahu daddy dgn mummy jangan harap habis kena buli tu blom tudung lagik dia tarik2 main peek a boo, dia tarik sampai terlucut tudung lepas tuh gelak2... puas hati barangkali, main lah sayang asalkan awak happy mummy seribu kali happy.. ok
Skang ni agak susah nak tdo malam, puas aku tdo kan dia keluar balik nak bermain agaknya biarlah dia main puas2 lagipun kalau hari2 bekerja ni kesian sebab mummy tak banyak masa nak spend time dgn dia so kadang2 aku biarkan dia main puas2 sampai letih baru dia nak tdo, aku geletek puas2 sampai dah takde tenaga..
Skang ni adalah waktu yang terbaek aku nak didik dia, dia sedang membentuk kendiri diri dia sendiri dia dah pandai, kadang2 dia happy, kadang2 dia merajuk, kadang2 dia marah... setiap hari aku ambik dia kat rumah baby sitter lepas aku bagi salam dia nampak aku dia akan pekik aaaaaaaaa aku pun tak paham tp mungkin dia nak bgtau dia happy sebab dah nampak muka aku, skang ni setiap pagi hantar dia ke rumah baby siter pun dia mcm tak nak ikut kakak yg jaga dia tuh, setiap ari aku bgtau iman duduk rumah mama, mummy n daddy work nanti ptg mummy balik, esok dah jumaat sabtu mummy cuti kita p jalan2 ok, sebab tuh kadang2 on weekend aku bg sikit kelonggaran pada dia, bangun tdo lambat dan main lah sepuas hati pun.... anak aku dah pandai panjat tangga skang ni kadang2 sampai dah 5- 6 anak tangga dia panjat berderau darah aku makin ko kejar makin laju dia panjat, maklumlah anak lelaki active lebih sikit dari anak perempuan org ckp
Ni ada pic aku share dgn korang, takde apa pun nak citer cuma nak bgtau anak bujang aku dah semakin membesar yahoooooo...
|
tdo dlm bouncer tp bukan main susah lg |
|
tak nak tdo pun |
|
marah kena paksa tdo so geget panda |
|
lepas geget baru kesian |
|
geram dan geget lagikkkk |
|
dlm kereta while daddy driving mummy kena jd mr bean |
|
gelak lah puas puas sayang |
|
nampak semua gigi kapak |
|
kelakar sgt sampai masukkan jari dlm mulut |
|
kadang- kadang nak tdo susah mummy bawak naik kereta sampai tertdo |
|
takde gaya nak tdo |
|
dah besar dah anak mummy sayang ni |
|
siang mummy n daddy sibuk kerja so malam jer boleh spend time ngan iman |
|
tangan adalah sgt pantas |
No comments:
Post a Comment