Click here!!!

Sunday, January 16, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Salam semua,

Selamat hari isnin, pasti ada yang tak suka pada hari isnin monday blues.. saya pun kadang- kadang tak suka biler hari isnin tapi saya suka hari jumaat dan sabtu, saya suka sangat biler hari jumaat malam kalau boleh saya nak hentikan masa biar tak bergerak jarum jam itu, biar masa terhenti saya bebas nak buat apa2 sahaja sampai biler2 tapi dah tentu lah apa yang saya fikirkan tuh tak logic dan tak masuk akal langsung sebab tuh saya tak berpeluang langsung nak hentikan denting jarum jam hahahaha dah mengarutkan

Ok saya pernah terfikir kenapa tak bagi weekend 3 hari jadi saya ada banyak masa nak buat macam- macam dan saya juga ada masa untuk berehat, terkadang weekend tak sempat berehat sebab banyak perkara yang kita nak buat.. saya kalau boleh nak gunakan weekend dengan sebaik mungkin agar saya puas biler hari menjelang isnin.. sudah menjadi kebiasaan sejak dulu lagi biler tiba weekend saya akan diberikan tugas membantu mama kat dapur memasak, membasuh baju, mengemop rumah dan mcm- mcm lagi dan kebiasaanya adik saya akan mendapat tugasan untuk mengemas rumah dan menyapu rumah hihihi... so setiap pagi pd hujung minggu kami akan menyiapkan kerja secepat mungkin sebab lepas tuh dah boleh menonton tv dengan jaya nya..

So berbeza biler saya semakin dewasa dan sudah berumah tangga, semua tugasan saya yang kena rancang sebab saya dah ada kehidupan sendiri, biasanya kalau hujung minggu tuh kalau boleh saya nak habiskan masa dengan perkara yang saya tak berkesempatan nak buat pada hari- hari biasa spt mengemas rumah, mencuci tandas, membasuh baju, menganti cadar, memvacum rumah, mengemop rumah, melipat baju, iron baju, mengemas dapur, mencuci dapur kesayangan, melihat pokok - pokok, dan macam- macam lagi sebab itu saya lebih suka waktu weekend yang panjang supaya saya dapat menyiapkan kerja- kerja yang tertunggak tapi kan nasib baik saya ada suami yang membantu, hampir 50% kerja saya dia yang bantu.. kalau dia takde mmg saya takkan cukup tangan nak buat semua tuh dan alhamdulillah nampak nya hubby saya pun dah biasa n tahu apa nak buat bila hujung minggu...


Weekend baru - baru ni hubby saya telah memvolunteerkan diri nak mengemas stor, anyway semenjak kami berpindah ke rumah baru ni stor mmg tak pernah berkemas langsung pun mentang- mentanglah store tuh tetamu tak nampak dan stor ni menjadi tempat kami menghumban semua barang - barang hhihihi... (opsss bunyik macam teruk sangat kan) tempat menyimpan kotak kasut, kotak tisu, dan banyak lagik dan sudah tentu ia menjadi tempat terakhir yang kami nak kemas so hubby mengambil masa lebih kurang 3- 4 jam jugaklah nak mengemas store tu sampailah store dah bertukar rupa dan baru kami tahu yang store rumah kami tuh besar sebab semua kotak- kotak dan barang- barang telah di susun dengan rapi nya
bekerja keras mengeluarkan semua khazanah dari store

store dah mula kosong

prosess mengemas semula

tadaaaa.. dah tersusun

baju pun kena kemas jugak tau tp ni kerja saya ekk

Biasanya kalau saya nak keluar ke mana- mana pun saya akan pastikan semua kerja- kerja tuh dah beres baru saya boleh keluar rumah dengan tenang sebab kalau tak pasti hati saya tak sabar nak balik rumah nak settlekan apa yang patut, saya dah terbiasa sejak kecil mmg dididik begituh..

tak seperti di atas ye queen control :-D

No comments:

Post a Comment