saya ingin berkongsi dengan semua mengenai PCOS, mungkin ada yang tidak pernah dengar atau tahu mengenai PCOS, terdapat beberapa fakta dan petikan mengenai PCOS yang ingin dikongsikan bersama dan mungkin ianya boleh dijadikan rujukan yang berguna untuk semua bagi mengetahui apa itu PCOS sebenarnya:-
Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
- Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi
- Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
- Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
- Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
- Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
- PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
- Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
- Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
- Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
- Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
- Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
- Polycystic Ovari
- Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
- PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
- PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
- Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur
Adalah penting untuk anda memahami bagaimana ovari anda berfungsi sebelum anda cuba untuk memahami apakah PCOS. Wanita mempunyai sepasang ovari yang terletak di kedua belah rahim. Fungsi utama ovari adalah untuk menyimpan dan menghasilkan telur. Purata saiz sebuah ovari adalah sebesar sebiji kacang walnut. Dalam proses ovulasi semulajadi, salah satu dari ovari ini akan mengeluarkan sebiji telur kira-kira sekali sebulan. Proses ovulasi ini melibatkan interaksi yang rumit di antara hormon-hormon. Penjelasan ringkas mengenai proses ini diterangkan dengan lebih lanjut di bahagian berikutnya.
Di dalam proses ovulasi semulajadi, hormon peransang folikel (HPF), akan menyebabkan telur-telur di dalam ovari membentuk tisu folikel di sekeliling setiap telur. Folikel-folikel atau sista-sista yang mengandungi telur tersebut akan bergerak ke permukaan ovari. Setiap folikel akan membesar dan menghasilkan hormon estrogen. Salah satu dari folikel ini akan mencapai tahap kematangan terlebih dahulu berbanding yang lain. Ia kemudiannya akan membebaskan telur ke saluran falopia yang menandakan tahap ovulasi telah dicapai. Folikel yang telah pecah tadi akan menghasilkan hormon progesteron yang akan menyebabkan folikel-folikel lain di kedua belah ovari mengecut dan lenyap sepenuhnya.
Sindrom Polisistik Ovari adalah masalah kesihatan wanita yang disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon dan masalah rintangan insulin yang menghasilkan simtom-simtom tertentu. Set simtom-simtom ini dikenali sebagai SPO, iaitu sejenis penyakit sistem endokrin. Sistem endokrin terdiri daripada sekumpulan kelenjar yang menghasilkan hormon-hormon yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi. SPO adalah disfungsi yang melibatkan seluruh sistem badan dan bukannya setakat ovari.
Kegagalan ovari dalam menghasilkan hormon dalam jumlah yang betul dipercayai menjadi punca SPO. Kelenjar pituitari akan menghasilkan hormon peransang folikel (HPF) dan hormon peluteinan (HP) yang berlebihan apabila ia mengesan ovari berfungsi secara luarbiasa. Tahap hormon yang berlebihan ini akan menyebabkan ketidak seimbangan hormon di dalam badan. Penghidap SPO boleh menghadapi masalah kemandulan apabila proses ovulasi terganggu oleh masalah ketidak seimbangan hormon.
Bukan semula wanita yang mempunyai ovari berpolisistik menghidapi SPO. Wanita-wanita ini boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala tanpa menunjukkan sebarang sintom yang berkaitan dengan SPO. Walaubagaimanapun, wanita yang mempunyai ovari berpolisistik mempunyai kecenderungan untuk menghidap SPO. Tabiat gaya hidup yang kurang sihat seperti bekerja di dalam keadaan yang penuh dengan tekanan dan mengamalkan tabiat pemakanan yang kurang sihat boleh mengakibatkan simtom-simtom SPO terbentuk.
Ovari berpolisistik terbentuk apabila sista-sista kecil di dalam ovari menyerupai segugus anggur. Sista-sista ini adalah folikel-folikel pra-matang yang gagal melepaskan telur dalam proses ovulasi. Saiz sista-sista ini adalah sangat kecil, ukuran rentas sebiji sista biasanya 2 ke 8 milimeter.
Ramai yang beranggapan sekiranya sista-sista ini dibuang, mereka akan sembuh sepenuhnya dari menghidapi SPO. Apa yang mereka kurang fahami ialah sista-sista ini adalah salah satu simtom SPO dan bukannya penyebab SPO. Sista-sista ini terbentuk akibat ketidak seimbangan hormon. Sebagai contoh, hormon peransang folikel (HPF) akan mengakibatkan folikel terbentuk disekeliling setiap telur di dalam ovari. Tetapi akibat ketidak seimbangan hormon-hormon tertentu, telur-telur ini gagal mencapai tahap kematangan yang sepatutnya. Telur-telur yang pra-matang akan membentuk sista-sista yang tidak mengecut atau lenyap sama sekali.
Sekiranya sista-sista ini dibuang melalui pembedahan, sebahagian besar ovari tersebut akan turut dibuang. Ini bermakna sebahagian besar telur-telur yang sihat akan turut dimusnahkan. Ini mengakibatkan ovari tersebut akan berhenti berfungsi sama sekali. Apabila ovari berhenti berfungsi, wanita tersebut akan mengalami simtom-simtom menopause. Seseorang wanita yang mengalami menopause pra-matang sebelum mencecah usia 45 tahun akan terdedah kepada risiko kesihatan seperti osteoporosis.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sista-sista ini adalah salah satu simtom-simtom SPO dan bukan penyebab SPO. Sekiranya masalah ketidak seimbangan hormon dapat ditangani, sista-sista ini boleh lenyap dengan sendiri ataupun jumlahnya dapat dikurangkan.
* dipetik dari malaysia pcos center
No comments:
Post a Comment