hari ni saya terpanggil nak menulis sesuatu selepas saya terbaca artikel dr akhbar kosmo, sedihnya pagi- pagi lagi dah dihidangkan dengan cerita sedih macam ni, seorang kanak- kanak yang tidak berdosa dan tak tahu apa- apa dilakukan dengan sebegini kejam!!!! bukan 7 tahun, bukan 10 tahun tapi masih berumur 3tahun, apa lah dosa si kecil hingga diperlakukan sebegini rupa...
Manusia jenis apakah yangs anggup memperlakukan kanak- kanak yang tidak bersalah dan mengerti apa- apa tentang kehidupan..
saya masih teringat ketika kecil- kecil dahulu saya selalu menonton drama tv mengenai ibu tiri, ibu tiri jahat, ibu tiri garang, ibu tiri macam tu dan macam ni, sampai ngeri saya biler terdengar tentang ibu tiri tapi biler saya dah dewasa dan saya akui tak semua ibu tiri macam tuh, tgk macam artis kita Norish Karman mcm mana dia menjaga anak tiri dia, penuh dengan kasih sayang dan saya nampak yang si kecil juga menyayanginya walaupun dia hanya seorang ibu tiri... tapi hari ini saya juga akui banyak kisah yang tidak elok dan menarik mengenai ibu tiri, hari ni kisah arwah adik Nur Dania Qistina mengiyakan lagi fakta mengenai ibu tiri!!!!
Penangan kekejaman ibu tiri
|
|
JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.
Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.
Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.
Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.
Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.
Kasihan melihat anak kecil ini, telah di ambil nyawa nya kerana kerakusan manusia di muka bumi ini seorang manusia yang tidak mempunyai hati perut, semoga mendapat balasan yang setimpal, semoga Roh anak kecil ini dicucuri rahmat, amin.. Al- fatihah...
No comments:
Post a Comment