Click here!!!

Monday, January 3, 2011

A moment 2010

Salam semua,
pagi ni saya tiba2 teringatkan sewaktu saya di masukkan ke hospital August 2010 hari tuh, tiba- tiba selepas balik kerja saya ke clinic nak buat check up utk sakit perut dari pagi rupanya doctor suspect saya kena appendiks tak pasal- pasal tanpa apa2 persediaan saya terus disuruh ke hospital di Sunway Medical Centre Subang lebih kurang dalam pukul 6.30 ++ p.m mcm tuh lepas dah check up semua ada seorang nurse dtg dan ckp saya nyer case kul 8.30 p.m.. terkejut saya, takkan tiba2.. tp tu lah takde pilihan doctor kena buat operation cepat

Apa yg saya cuba nak cerita kat sini adalah pengorbanan suami yang tak terperi, hilang semua rasa takut dan ngeri sepanjang ke bilik OT, walhal saya seorang yang sangat penakut.. bukan kata saya sahaja tapi mama dan abah kat johor pun sama tak dengar suara2 sepi dan sedih mereka spt biasa.. walhal saya dah nak masuk ke bilik OT dulu kalau saya demam pun dengar suara diorg dlm nada risau tapi kali ni saya tahu siapa yang menjadikan keadaan jd begitu, hubby!!!

Alhamdulillah sepanjang saya menjalani operation tiada apa2 masalah berlaku, masih teringat lagi selepas saya di sorong masuk dlm bilik OT ada 3 org doctor memperkenalkan diri masing2, pertama doctor Akhtar Qureshi general surgery, lepas tuh Doc Wong Pak Seng gynae dan seorang lagik pakar bius dan saya tak ingat nama dia sebab masa dia dekat pd saya dia kenalkan diri sambil pegang injection utk bius, 3 kali doctor tuh bius saya sebab tuh saya cuba utk tidak mengingati nama dia, tak suka!!! lepas beberapa second kepala rasa pusing2 dan saya masih paksa diri utk celikkan mata dan sempat panggil doc Akhtar dan bgtau kepala saya sakit mcm migrain, doctor ckp tak apa sambil dia pegang kepala dan saya tertdo ajaib....

hubby berkejar balik ke rumah mendapatkan apa yg patut sewaktu saya menjalani operation dan selepas 4 jam saya dikeluarkan dr bilik OT org pertama yang saya nampak selepas saya celik mata adalah hubby.. usah ditanya rasa sakit yang saya rasai ketika itu tapi hilang semua rasa perit dan sakit bila terpandang wajah hubby yang saya cintai.. lepas ubat bius habis saya mula rasa sakit yg teramat rasa mcm perut dipijak - pijak dengan keadaan yg sejuk sampai rasa nak kejang tapi gengamman tangan hubby buat saya bertambah yakin dan tenang... dia adalah ubat penenang saya walau dlm apa jua keadaan

Syukur saya dipertemukan dengan suami yang banyak berkorban untuk saya, suami yang tak pernah mengeluh penat lelah menjaga saya, melayan karenah saya, menjaga hati saya...
sepanjang berada dihospital hubby tak meninggalkan saya keseorangan walaupun ada tetamu yg dtg melawat dan walaupun ada urusan kerja yang harus dia selesaikan, kesian hubby terpaksa menjaga saya 24 jam dihospital.. dia tahu yang saya perlukan dia... dia menyediakan segala keperluan dari A to z hingga saya pejamkan mata, saya sedar selepas itu baru hubby dapat berehat hingga terdengar dengkuran kecil kepenatan yang di rasainya..

bila saya teringat semula saya rasa sayu dan bersyukur dengan pengorbanan hubby, saya akui dia yang terbaik dan dia adalah segala - galanya untuk saya, terima kasih hubby dan semoga hubby menjadi suami terbaik dan teman hidup saya selamanya didunia dan diakhirat kelak, amin...

Dr. Wong Pak Seng (gynae)

Dr. Mohd Akhtar Qureshi (general surgery)


after a few minutes baru sampai

sebelum disorong ke bilik OT

Dr. Shamsul Azhar opsss ni hubby saya kesian dia...
Add ImageDay 2 at Sunway Medical Centre







No comments:

Post a Comment