Click here!!!
Tuesday, January 11, 2011
Tercipta untuk kita
Salam semua,
Semoga semuanya gembira dan baik hari ini, saya seperti biasa dengan kerja yang berlambak dan malas yang berlambak jugak, kadang- kadang terfikir untuk buat sesuatu yang saya suka dalam hidup saya contohnyer berkerja sendiri berniaga nasik lemak, kuih - muih dan apa sahaja asalkan saya happy tapi saya kena fikirkan semua perkara ni masak- masak. boleh kah saya bangun seawal 3 pagi untuk menanak nasik, membuat kuih dan berkejar - kejar untuk pergi meniaga?? tapi saya suka itu yang pasti...
Ada masa dan ketika saya terfikir untuk mencari peluang lain yang ada, ada kala saya rasa seperti ingin terus berada disini selamanya.. tapi kita hanya merancang dan pasti Tuhan yang menentukan. Apa yang saya nak cerita hari ini mengenai saya dan hubby, ada banyak persamaan antara saya dan hubby actually bila kadang- kadang terpandang atau terlintas berbagai- bagai bermain difikiran
Hubby seorang yang ringan tangan dan rajin membantu saya membuat kerja- kerja rumah, seperti malam tadi sedang saya sibuk menyiapkan hidangan makan malam hubby pula sedang sibuk mengemas setiap inchi rumah saya, memvacum rumah tanpa dipinta dan mengemop rumah tanpa disuruh, bahagia rasanya biler dia bersama- sama dengan kita dalam setiap perkara.. hubby tak suka pada benda yang bersepah, berbau, kotor dan mcm tu juga dgn saya biler nampak apa yg bersepah samada saya atau hubby kami akan bertindak balas, ada kadangkala selepas saya masak dan membersihkan dapur, hubby akan ke dapur semula ketika waktu malam dan akan membantu mengemas apa yang patut hingga licin dan biler saya bangun tidur saya nampak dapur saya berseri, saya tahu hubby yang kemas kan... saya suka sebab hubby seorang yang tertib dan kemas!!!
Begitu jga setiap kali ketika hujung minggu dan jika ada tetamu yang bertandang dirumah hubby akan membantu saya mengemas, membersihkan dan bermacam lagi sehingga sewaktu saya memasak malam tadi pun saya sempat terfikir, banyak juga persamaan yang ada dalam diri hubby dan saya dan sekali lagi hari ini, saya telah memikirkan sesuatu tapi tiba- tiba hubby yang bgtau saya dahulu perkara ni, saya terdetik dan berkata dia mmg tercipta untuk saya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment