Click here!!!

Thursday, January 6, 2011

Flaming steamboat Buffet

Salam semua,

Apa khabar semua semoga sihat dan berbahagia dia awal tahun baru 2011 dan semoga segala impian kita untuk tahun ini dan tahun lepas yang masih berbaki akan tercapai, insyaAllah

Saya ingin kongsikan tempat makan yang baru saya pergi last week (maaf lambat update) Flaming Steamboat buffet yang bertempat di Platinum Walk setapak, saya ke sana pada pukul 8.00 pm so kami ke sana seramai 7 org dewasa dan seorang kanak2, ok bayaran yang dikenakan untuk adult adalah RM22.80++ dan bagi kanak2 yang berumur 4 tahun sehingga 10 tahun harga yang dikenakan pula adalah RM9.90++, manakala bagi kanak- kanak yang berumur 3 tahun dan below tiada sebarang charge dikenakan maksudnyer free lah ok

so before nak ke sini memang kena book awal- awal sebab most of them yang walk in semua kena tunggu agak berejam- rejam itu pun kalau bernasib baik kalau tidak mmg kena balik sebab adakalanya booking selalu full, so nak cerita mengenai makanan kat sini apa yang saya boleh komen adalah ok dan not bad, terdapat lebih dari 150 pelbagai jenis pilihan yang ada, dari seafood ada ketam, udang, ayam, ikan, oyster, scallop, pelbagai jenis siput dan sebagainya tapi kalau nak tahu details apa makanan yg ada boleh click kat sini yer http://www.flamingsteamboat.com/ mmg tak menang tangan nak makan dan kalau nak makan semua mmg tak boleh makan hihihihi... itu bagi saya lah tp tak tahu pulak orang lain mcm mana, mungkin tank saya sederhana tapi tak kecik sangat sebab saya dan hubby betul- betul enjoy dengan makanan especially seafood sebab before ni kami ke Red Wok bangi pun sama jugak mmg enjoy, tapi for ur info kat Flaming ni takde barbeque so ada steamboat sahaja ada dua jenis iaitu tomyam dan soup

Keadaan kat sini agak tak terkawal contohnyer biler ada makanan kosong staff dia lambat nak nak tambah so ada sudu habis, gelas habis lah, slow skit the rest semua ok tp yang aku paling tak berkenan lagi keadaan kat situh crowded lah, agaknya customer dah ramai sangat so diorg pun susun rapat2 tp seriously mmg sempit even nak bangun ambik makanan pun malas sebab leceh dan susah, biler bangun tuh kerusi kita akan terlanggar kerusi org belakang so aku rasa part tu jer lah yang kurang memuaskan hati

Untuk pengemar seafood bolehlah mencuba makanan disini, saya bagi A makanan kat sini.
Ada sedikit pic yangs empat di ambil yang lain mmg tak sempat.

panas dan sedap

hubby and twin

herul yang sibuk memasak

pelbagai pilihan




2 comments:

  1. salam...hi slmt berkenal2 :) shedapnya ...nnti bleh cube intai22

    ReplyDelete
  2. wasalam, selamat berkenalan juga... sedap boleh tahan intai2 lah nanti, anyway thanks sudi jenguk blog kita, keep in touch yer...

    ReplyDelete