Salam semua,
Ada banyak lagi entry yang saya belum update tapi kali ni nak cerita pasal dua minggu lepas masa CNY saya balik ke johor sebab nak celebrate birthday mama, belated birthday lah yer..
so dalam perkiraan, saya plan nak bawak the whole family pergi makan steamboat.. saya ada dua tiga tempat yang saya dah survey (dah surfing) antaranya Rawa Steamboat ramai yang memuji tapi sijil halal nya agak was- was sedikit, kedua D'terrace steamboat halal fully own org islam tapi masih tidak ramai yang komen dan tak perasan kewujudannya, so yang ketiga Seoul Garden steamboat so yang ini mmg tak dinafikan lah keenakannya tapi since kat kl pun dah ada kan so saya nak try pulak lah steamboat lain kat johor dan yang terakhir adalah Steamboat & Grill Cottage yang saya dah baca banyak sangat komen yang memberangsangkan pasal tempat makan ini dan finally saya decide nak makan kat sini...
So pada hari Khamis malam jumaat tuh lepas waktu maghrib kami sekeluarga pergi lah mencari Steamboat & Grill Cottage ni yang terletak di Mount Austin johor, ok before tuh saya dah beberapa kali call owner yang tak berapa nak ramah pelanggan untuk bertanyakan beberapa soalan dan nak book tempat, tapi dia refer lagi saya sms jer tanpa bertanya apa2 soalan...
Ok fine so setibanya saya disini suasana tidak seperti yang saya jangkakan terdapat beberapa susunan meja- meja bulat di luar kedai so setibanya saya di sana saya diletakkan di meja paling hujung dekat dengan longkang kecil..
Saya ke sana seramai 7 dewasa dan 3 kanak- kanak so can all of u imagine mcm mana keadaannya duduk kat meja bulat kecil ramai- ramai mcm tuh, ok takper lagi so saya pun pergi ke dalam untuk ambil makanan dan alangkah terkejutnya saya dengan hidangan yang disediakan rasa seperti ingin terus berlari keluar dan pergi berlalu begituh sahaja dari tempat itu, tak silap saya tak lebih dr 50 jenis makanan yang disediakan pun, antaranya beberapa jenis fishball, fishcake, seafood yang ada udang yang bersaiz kecil, ketam yang bersaiz sangat kecil dan saya yakin bahagian sepit mmg tak ada isi langsung, ikan cencaru, beberapa jenis ayam dan daging.. tiada french fries, nugget, nasik goreng, kuey tiaw atau apa2 jenis makanan lain yang so sangat mengecewakan... tapi saya tak nak spoil kan keadaan so saya pun ambil semua tuh dengan perasaan yang bercampur baur #$%&@#
Kalau anda semua nak tahu disini pinggan- pinggan yang digunakan jenis pinggan plastik yang berwarna oren yang saya pernah lihat dikantin sekolah dulu tp alangkah sedihnya biler saya tgk pinggan- pinggan tersebut telah herot merot mungkin sebab terkena panas api steamboat tersebut dan yang paling buat saya lagi geram adalah pinggan yang basah dengan air yang menjijih- jijih serta kotor!!!! erkkk ya Allah masa tuh saya rasa kesal seribu kali kesal!!!! pertama dan terakhir....
So biler semua dah tersedia saya mulakan acara nak membakar tp saya perasan meja disebelah saya ada dua jenis sup tapi kenapa saya punya hanya ada kuah tomyam sahaja, so saya tak puas hati saya bertanyakan pada seorang staff disitu, kenapa saya dapat kuah tomyam jer tak dapat kuah sup, ok nak tahu apa mamat ni ckp "owh periuk yang untuk isi dua jenis kuah dah habis so kita pakai yang satu tu jer lah, itu pun nasib lah siapa yang dapat" wah wah tiba- tiba rasa darah menyirap pulak kat muka, mcm tu ker ko ckp dgn customer wey, aduh sungguh menyakitkan hati yer... huh.. wey ko hingat aku ni mintak makan free ker aku bayor tau walaupun tak semahal mana(dlm hati) so saya masih tak berpuas hati sebab bukan nak cr pasal ok tapi saya ada tiga orang anak buah yang masih kecil dan tak makan pedas so mcm mana tuh, nak suruh celup dlm air panas masak ker??? tiba- tiba datang seorang lelaki dlm lingkungan umur 50-60 an yang saya anggap tokeh kedai dan tanya kenapa yer? so saya bgtau kenapa tak tanya or bgtau so bolehlah kita pilih kuah sup kan, ini main letak dan tak tanya lepas tuh buat muka mcm tak bersalah dan tak bertanggung jawab...
saya tak nak keadaan jd lagi teruk so saya bgtau saya datang dr jauh sebab nak try makan kat kedai u tp kalau mcm ni lah service yang u all bagi so i mmg frust lah, so dia ckp "eh jangan lah ckp mcm tuh, nanti saya settle kan ok.. tak lama dlm beberapa minit ada sorang lelaki datang dan tukar periuk steamboat kami tuh so masalah settle...
To be honest rasa tom yam kat sini biasa- biasa sahaja, tak pekat dan tak kaw.. saya tak pasti kenapa ramai sgt yang memuji walhal biler kami sekeluarga makan kat sini so rasanya tidak seperti yag disangkakan, kuah sambal cicah pun saya bg C- yer.. mungkin sebab selera masing- masing berbeza tp kalau nak di comparekan dengan Flaming steamboat dan Red wok Bangi mmg tak sepadan..
saya suka kalau orang melayu kita yang ingin mencuba especially yang nak bukak kedai makan, kedai yang saya pergi ni boleh dikategori sebagai kedai koboi dan kedai asal boleh, tak terurus tak kemas, makanan tak banyak pilihan dan tak mesra pelanggan diharap dapat imrove untuk kebaikan pada masa hadapan yer.. so kalau kedai sedap servis bagus insyaAllah kami akan berulang makan disitu...
So rupanya bukan setakat disituh sahaja yer, so biler pelanggan sedikit demi sedikit beredar dr kedai tersebut sekali lagi ada benda yang menyakitkan mata berlaku, nak tau apa dia ok setelah sorang demi sorang pelanggan beredar so pekerja dengan gigihnya membersihkan meja so nak tahu kat mana dia buang sisa kuah setiap meja yang tak habis tuh?? di tepi longkang kecil betul- betul di tepi meja kami dan tak sampai satu langkah dr tempat duduk kami, bukan sisa kuah sahaja tp udang, mee dan lain- lain sisa yang tak habis dlm periuk dituang terus ketepi longkang, wow senang betul lah kalo berniaga mcm ni kan, semua nak ambil mudah!!!!
Indah khabar dari rupa, indah nama dari rupa itu lah yang dapat saya klasifikasikan pasal kedai ni, saya tiada niat untuk memburuk- buruk kan tapi inilah hakikat.. terimalah kesilapan dan belajarlah memperbaiki kelemahan!!!!
Maaf tiada sekeping pun gambar yang saya ambil sebab frust dan takde mood untuk malam tu...
No comments:
Post a Comment