Click here!!!

Thursday, February 10, 2011

Zalim dan kejam

Assalamualaikum semua,
selamat hari jumaat hari semua iaitu hari penghulu segala hari, semoga kita di berkati pada hari ini dan sentiasa mendapat rahmat Nya, amin..

Pagi - pagi lagi saya dah terpanggil nak berblog sebab terbaca satu artikel dari akhbar Kosmo hari ni, terkejut saya dengan tajuk cerita tersebut.. zalim betul lah seorang atok yang berkelakuan begini seperti manusia bertopengkan apa ni?? syaitan?? iblis?? nauzubillah...
Seorang lelaki yang patut menjadi seorang pemimpin tapi berkelakuan begini wajib dan patut di berikan hukuman yang setimpal, malu cucu nak mengaku sebagai atok nya nanti!!!

Ini petikan yang saya ambil dr Kosmo hari ini, jom kita kongsi:-

Datuk didakwa rogol cucu di kandang lembu

KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."

No comments:

Post a Comment