Click here!!!

Thursday, June 16, 2011

pencurik!! pencurik!! pencurik!!!

Salam semua,

Hari selasa baru- baru ni saya dikejutkan dengan berita dari johor, rumah mak saya kat johor dimasuki pencurik dlm pukul 3 pagi mcm tuh, terkejut + geram + gementar pun ada..
tak sangka pulak kejadian mcm tuh boleh berlaku pada keluarga saya tp nak buat mcm mana mmg sudah ditakdirkan so kami semua redha dengan apa yang telah berlaku..

Alhamdulillah yang penting takde kejadian yang tidak diingini berlaku, Allah melindungi semua sekeluarga syukur Ya Allah, kebetulan baru- baru ni mak saya ada bgtau rumah neighbour bawah chinese dimasuki pencurik waktu diorg keluar dinner mcm tuh, tapi tak sangka pulak lepas tuh rumah kami yang menjadi mangsa seterusnya...

Cerita nyer dalam pukul 3 pagi mcm tuh abah terjaga dari tidur dan duduk di sofa, mmg menjadi kebiasaan abah kalau dia tdo awal so dalam pukul 2- 3 pagi dia akan bangun berjaga sebab tiga empat tahun lepas kawasan di rumah mak saya mmg kejadian mencurik ni berlaku hampir tiap- tiap malam, tapi dah lama senyap sunyi sejak pihak polis menjalankan kegiatan memberkas secara besar- besaran so cerita pencurik tuh hilang dan lenyap mcm tuh jerk

so ntah tanpa di sedari abah saya perasan ada pencurik masuk dlm rumah biler pencurik dah hampir dengan dia, so abah pekik pencurik, pencurik!!!! mak saya dlm bilik yang terkejut pun keluar melulu sebab ingatkan abah saya mengigau rupanya abah saya telah di ikat oleh 3 orang pencuri tersebut, mak pun sama di ikat jugak.. sambil mengacukan pisau mereka bertanya di mana mak saya sembunyikan barang- barang dia...
kebetulan adik saya bersama tiga org anak dia tdo di rumah mak saya mlm tuh so mujur lah dia tak di ikat so dpt lah dia mendukung anak dia yg paling kecik tuh sebab semua nampak mcm terkejut dgn apa yang berlaku..

setelah lebih kurang setengah jam mengeledah barang di rumah mak saya so dia dpt ambil hp abah saya, rantai adik saya dan duit rm10 yang kebetulan mmg ada dlm bag baju adik saya, so lepas tuh dia sempat bukak fridge rumah mak saya ambil air, errkkk jijik kan dah ler mencurik siap minum air lagik, giler kan mcm tuh dan sebelum diorg semua beredar keluar diorg ada tinggalkan dua pasang selipar dlm rumah mak saya, ada yang kata diorg gunakan pukau before diorg masuk rumah tuh.. ish ngeri lah kan, dari apa yang mak saya cerita diorg ni mmg pendatang dr seberang dr gaya percakapan...

lately ni mmg saya dengar banyak sangat kes kecurian berlaku di mana2, semoga kami semua dan anda semua di lindungi Allah sentiasa.. Ya Allah lindungi kami sekeluarga dari segala perkara yang tak di ingini

So semoga diorg ni semua akan di berikan petunjuk untuk berubah dan berikan hidayah dr Allah SWT di atas setiap perbuatan yang di lakukan, masyaAllah....

Beribu sesalan

Salam semua,

wah rindu saya pada anda semua, sejuta kemaafan sebab dah lama tak update blog sebab tak sihat
skang ni dah ok sikit dah berselera makan dan dah boleh dengar lagu
Anyway dah lama dah saya tak jatuh cinta ngan lagu2 baru artis ni duk tunggu lagu2 rossa baru tp nampak mcm tak menyengat lah, baru- baru ni ada terdengar lagu ning, shila dan jaclyn dan rasa terpesona sebentar sebab dengar2 terus hati rasa suka

saya ni ada satu perangai kalo saya sekali dengar dan saya rasa sedap so mmg saya suka lah, mcm tuh jugak kalo saya nak beli barang kalo saya dah pusing sepoloh kali tp tak de yg berkenan so mmg takbeli lah lah tp kalo sekali saya lalu dan terpandang dan saya suka so saya terus beli, that's why hubby pun tahu perangai saya ni kalo dia ajak p beli baju ker kalo saya tgk tp tak berkenan dia takkan paksa sebab dia tahu nanti saya tak nak pakai, so biasanya kalo saya ternampak satu barang tuh dan berkenan seboleh- bolehnya hubby akan belikan jugak sebab dia tahu saya jenis susah nak membeli kalo saya tak suka...

eh melalut lak anyway nak citer pasal lagu ni, apa kata saper yg tak pernah dengar lagu ni jom saya share kita dengar sama2 sambil nyanyi sebab bawah tu ada lyric kalo ada sesapa yang suka bgtau saya ekkk, lovee ;-)




Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu


Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Monday, April 4, 2011

Happy

Salam semua,

maaf saya dah lama tak update cerita baru since balik dari Bandung last week badan tak berapa sihat sangat lepas satu family kena food poisoning, saya melepek seminggu jugak makan dan tidur sahaja kat rumah

Anyway hari ni saya adalah manusia yang paling gembira sekali, saya bahagia dan saya happy
nanti saya update citer2 masa p bandung n citer2 yang lain tau
anda semua tunggu tau jangan bosan pula dengan blog saya sebab dah lama tak update cuma saya nak berehat sebentar bersama kit kat.... wasalam

Sunday, March 20, 2011

Suri masih hisap puting

Salam semua,

kan saya dah bilang kalo dah ada mood tuh mcm- mcm nak citer, td terbaca dari metro online mengenai suri dan ini petikan dari akhbar metro tersebut, jom layan...

Suri masih hisap puting

ASYIK...SURI Cruise menghisap puting sambil memeluk erat patung beruangnya.
ASYIK...SURI Cruise menghisap puting sambil memeluk erat patung beruangnya.

DIA mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila memakai kasut bertumit tinggi dan mekap tebal pada usia begitu muda.

Tetapi minggu lalu, Suri Cruise membuktikan walaupun dia sudah cukup besar untuk memakai kasut seperti orang dewasa, masih ada beberapa aspek kehidupan kanak-kanak yang masih belum boleh dia tinggalkan.

Ketika dibawa bersiar-siar untuk membeli-belah oleh ibunya, Katie Holmes di Vancouver, Kanada, hujung minggu lalu, Suri dilihat begitu asyik menghisap puting dan memeluk erat patung beruangnya.


Ketika pendapat mengenai bila seorang kanak-kanak dianggap terlalu tua untuk menghisap puting berbeza antara doktor dan pakar kanak-kanak, ramai yang bersetuju bahawa enam bulan adalah usia paling ideal untuk berhenti kerana membiarkan kanak-kanak menggunakannya selepas usia itu mungkin menjejaskan keupayaan menggigit mereka pada masa depan.


Katie dan Suri berada di Vancouver kerana Tom Cruise menjalani penggambaran terbaru filem Mission Impossible IV.

Dan dalam usaha memastikan anaknya terhibur sepanjang berada di bandar raya itu, Katie membawa Suri membeli-belah di sebuah kedai mainan.

Pasangan itu keluar dari Kedai Mainan Kaboodles di Pasar Kanak-Kanak Granville Island dengan beg penuh dengan mainan sebelum berpimpin tangan menuju ke kedai kek.

Suri yang ternyata sudah bijak dalam memilih fesyen pakaian, sempat menukar kot antara kedai mainan itu dengan kedai kek.

Katie baru-baru ini bercakap mengenai minat Suri pada fesyen dan mengaku anaknya semakin suka berbelanja.

“Beberapa hari lalu kami keluar dari sebuah kedai dan Suri berkata: ‘Saya mahu ke sana,’ sambil menunjukkan sebuah kedai lain yang agak jauh. Di kedai itu ialah baju yang diinginkannya.

“Saya berkata kepadanya. ‘Wow Suri. Anda tahu di mana pakaian anda berada, walaupun dari jauh,’ ” kata Katie.

Sementara itu, Katie dilapor sudah bersedia untuk menyaman majalah Star kerana cerita muka depan bulan lalu yang berjudul ‘Addiction Nightmare: Katie Drug Shocker.’

Cerita itu mendakwa Katie menyertai satu sesi Saintologi di mana sebuah e-meter’ digunakan. E-meter, ialah peralatan pengukur elektrik yang digunakan dalam sesi menilai kumpulan kontroversi itu, yang didakwa mengukur tentangan terhadap elektrik dan menggambarkan pengalaman emosi masa lalu.

Dalam pada itu, siri televisyen lakonan Katie, ‘The Kennedys,’ yang menjadi perbualan hangat, akan disiarkan sedikit masa lagi. Meskipun History Channel enggan menyiarkannya, ia sudah dibeli oleh ReezChannel.

ok ni ada few pictures Suri yang gorgeous yang ingin dikongsi dan menunjukkan Suri mmg pandai bergaya mengalahkan org dewasa!!! (rasa mcm nak kidnap jerk)









Menghitung hari

Salam semua,

saya sedang menghitung hari untuk weekend ni sebab nak p bercuti, tak lama pun 4 hari jerk tp sebab dah lama sgt tak kemana- mana tuh yang rasa mcm tak sabar tuh, ish iyer ker tak lama
rasanyer hari tuh mcm baru jer lepas update pasal ke USS singapore tuh, kalo dah mmg kaki jalan pantang duduk diam nanti hujung tahun cuti duduk rumah senyap2

Hopefully everything running smoothly as per plan n insyaAllah nanti saya akan update n masukkan pic- pic yang mengancam hihihi.. lama tak dengar perkataan mengancam tuh kan.. excited lebih hokay.. jgn hoverrr laki akak tak suke :-D
Ramai org ckp kat sana shopping tak hingat so anggaplah first time ke sana ni sebab nak survey bukan nak shopping semata2, wah tahan ker nasfu ko tgk barang2 kat sana.. semalam hubby ajak p mid valley tu pun duk ckp ngan hubby sabar- sabar jgn shopping dulu sambil mata melilau2 tgk MNG dan mcm2 yang ada kat mid valley tuh, nanti kita p sana kita beli apa yang patut, apa yg patut tau yang tak patut jgn beli hokay membazir duit jerk..

Kadang- kadang sbg isteri ni selalu gak beringat- ingat sebab suami duk kerja pagi petang siang dan malam so kesian lah sikit kan, opsss saya pun kerja gak tp biasanyer part- part shopping ni hubby yang selalu bermurah hati keluarkan statement "yang ambiklah apa yg yang nak i belanja, muka mcm tak nak tp dlm hati lonjak2 hokay" mmg hoverrrrr...

Anyway book ticket awal2 hari tuh masa 0 fare last year lagik, punyer lah jenis manusia yang penyabar kan itu pun cuba nasib, ye lah tuh cuba nasib dr pukul 5 pagi sampai ke ptg kalo tak kempunan lagi lah akak, tunggu nanti ekk.. bandung here we come!!!!!

Triffle yay!!

Salam semua,

wuah dengan bangganyer hari isnin yang mengantuk dan malas ni saya nak update pasal hop hop saya dah berjaya buat triffle yerk!!! Firstly nak ucap terima kasih kat mat gebu sebab ini semua dengan bantuan mat gebu hahaha.. puas hati sib baik ada mat gebu yang leh dijadikan rujukan, pagi ptg duk msg nak dptkan info nak buat triffle ni tp tu ler first trial kan mmg begituh, anyway nak try dah lama tp asyik tak menjadik jerk so since weekend arituh MIL ada buat sedikit kenduri n barbeque utk adik ipar yg nak blk ke Jepun so saya pun nak cuba lah buat Triffle tuh, alhamdulillah dlm masa 2-3 jam dah leh habis licin, sib baik saya n hubby sempat rasa tp ingat lepas ni nak buat lagi lah nak bg org lain lak rasa.. lgpun semua bahan- bahan masih ada lagik lgpun nanti kalo dah selalu buat mesti dah leh improve dia nyer rasa bg lagik marvellous tp tak leh kalah mat gebu punyer tau

So Triffle ni mmg kena sejukkan dulu baru di makan kalo tak nanti kurang kaw, so kalo sejuk sangat nyaman biler berada didalam mulut yer, so antara menu yang saya sempat buat arituh mee hoon goreng singapura yang color putih maaf tak sempat snap picture pun sebab tukang masak adalah busy yang amat n cameraman pulak lupa nak snap pic, popia sayur n triffle pic yang ada cuma pic triffle jerk tuh pun saya yg curik2 ambik gambar pakai hp sebab takut lupa n tak sempat before habis... mmg betul pun semua tak sempat cameraman sibuk bangat tgh berbarbeque sampai lupa nak ambikkan pic2 menu yang saya buat untuk hari tuh...

Ok anyway anda semua kena try gak buat triffle ni nampak mcm rumit tp sebenarnya senang, wuah berlagak pulak hihihihi.. takdelah kalo ikut mcm dlm resepi senanglah so saya ambil resepi dari mat gebu gak ni link nye triffle istimewa anda semua pun leh buat gak!!!

lepas ni kena tambah jelly lagik banyak

Wednesday, March 16, 2011

Macam- macam

Salam semua,
minta maaf banyak- banyak pada yang duk menuggu saya nak update blog, lately ni saya mmg busy sikit, kadang- kadang banyak sangat yang terfikir di benak tp tak tertype di blog..
InsyaAllah lepas ni saya akan cuba usahakan at least satu hari dengan satu entry, kesian pada yang menunggu.. anyway saya pun pernah rasa mcm tuh tiap2 hari saya bukak blog tuh tp lama nyer dia tak update sampai berminggu- minggu maka berminggu- minggu jugaklah saya tunggu....

ok so hari ni saya nak cerita pasal macam- macam, saya terbaca petikan ni dari akhbar kosmo..
saya nak kongsikan dengan anda semua

Pemilik upah lelaki rosakkan Lamborghini miliknya


BEBERAPA orang yang diupah merosakkan kereta Lamborghini Gallardo di Qingdao, wilayah Shandong, China.


BEIJING - Seorang ahli perniagaan China mengupah sekumpulan lelaki dari Shandong untuk merosakkan kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang berharga AS$804,301 (RM2.45 juta) dengan menggunakan tukul di Qingdao kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas beliau sangat kecewa dengan perkhidmatan servis pengedar kereta terbabit yang gagal menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dialami Lamborghini miliknya.

Ahli perniagaan itu turut mendapati terdapat kerosakan yang dilakukan seseorang ke atas kereta miliknya di bahagian depan dan kerangka kereta sport itu semasa ia sedang dibaiki.

Orang ramai yang lalu lalang terkejut apabila melihat sekumpulan lelaki merosakkan kereta mewah itu yang sering rosak sejak dihantar kepada tuannya pada Oktober tahun lalu.

Selepas bertengkar dengan pengedar dan beberapa orang wakil kanan pengedar kereta Lamborghini, ahli perniagaan tersebut mengambil keputusan bahawa satu-satunya cara untuk melindungi haknya ialah dengan merosakkan kereta itu pada Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia. - Agensi

Thursday, March 3, 2011

Butter Prawn

Salam semua,

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak hari penghulu bagi segala hari kan, hope all of have a great coming weekend rite, so anyway nak cerita pasal Butter prawn.. saya tak pernah buat pun resepi ni sebab tak pandai n takut tak jd, so tgk resepi dah berpuluh kali tp masih tak confident lagik tp kan hari ni terasa mcm nak try sangat..
nampak mcm senang jer tp kalo tak pandai mesti jd rumit n tak jadik tp tak per lah kalau tak try mesti lagi tak tahu sampai biler2 kan so saya ingat nak try lah hari ni balik kerja ni nak ajak hubby p caring udang harimau yang besar2 baru sedap so jd ler butter tiger prawn ;-)

Nanti kalo jadi kan kita kongsi kat sini ekk tp kalo tak jd kita tak mau tunjuk malu lah... hihihi so pada saper yang berminat n nak cuba leh tgk video yang saya upload ni nampak mcm senang n cincai jerk, layannn... so yummy yummy tau


Tuesday, March 1, 2011

Rasa nak hantuk kepala!!

Salam semua,

kali ni nak cerita pasal rasa nak hantuk kepala!!! opsss bukan saya yer tapi saya ambil keratan dari akhbar metro mengenai artikel ini ok jom kita baca kalau nak tahu lebih lanjut lagik

TAHAN SAKIT...masalah migrain berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
TAHAN SAKIT...masalah migrain berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.
pix_topright

SAYA pernah melihat seorang wanita yang menderita migrain yang teruk sehingga dia menekan dan memukul kepalanya berulang kali.

Malah pada satu keadaan, si pesakit mengatakan terasa ingin menghantuk kepala ke dinding hanya kerana tidak dapat menahan sakit.

Kejadian itu berulang-ulang dan lebih kerap berlaku apabila dia datang haid.
Apabila dia mengambil ubat penahan sakit, kelegaan jelas kelihatan pada wajahnya apabila sakit akibat migrain itu berkurang dan dia dapat tidur dengan lena.

Bagi pesakit migrain sakit kepala yang mereka alami ini diibaratkan sebagai ujian Allah yang ada kalanya amat mengecewakan.


Ini kerana pesakit terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan, malangnya ada sesetengah keadaan ubat penahan sakit juga sudah ‘lali’ atau sebati dalam diri mereka sehinggakan kesakitan tidak dapat dikurangkan.

Menurut Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, migrain adalah masalah berkaitan neurologi yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Ini disebabkan perubahan hormon yang berlaku kepada wanita misalnya, sebelum dan selepas datang haid biasanya wanita mengalami migrain yang teruk dan akan hilang selepas haid.

Ada pula wanita yang mempunyai migrain, tidak mengalaminya ketika mereka mengandung sembilan bulan dan kesakitan datang semula selepas mereka datang haid.

Selain itu tekanan di tempat kerja, bunyi bising atau lampu yang silau juga boleh menyebabkan migrain.

“Ini kerana keadaan ini akan memberi tekanan kepada otak dan menyebabkan urat saraf tegang seterusnya menyebabkan migrain atau menambahkan kuatnya migrain,” jelasnya.

Selain itu, kurang tidur atau faktor pemakanan seperti seperti makan makanan tersimpan lama, makanan ditapai atau minuman mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, coklat dan keju turut menjadi penyebab kepada migrain.

“Secara umumnya migrain juga adalah penyakit keturunan kerana berkait rapat dengan sistem saraf.

“Justeru sekiranya ada ahli keluarga anda menghidap migrain anda juga berkemungkinan turut mengalaminya,” jelasnya.

Menurut Dr Zainordin, migrain berbeza dengan sakit kepala.

Serangan sakit kepala yang berlaku setiap hari adalah sakit kepala biasa dan bukannya migrain.

“Migrain sebaliknya membabitkan serangan seminggu sekali atau sebulan sekali dan biasanya kesakitan seperti dicucuk-cucuk ini berlaku pada sebelah bahagian kepala saja.

“Ini diikuti rasa loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan seperti gegaran yang kuat,” katanya.

Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya.

Daripada segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf gentian yang melingkari sekitar saluran darah itu.

Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri menjadi bengkak.

Migrain biasanya menyerang mereka yang berumur 30 tahun ke bawah terutama pada usia 16 tahun ke atas namun ada kanak-kanak pada awal usia 10 tahun boleh diserang migrain namun ia sedikit berbeza.

“Migrain kanak-kanak biasanya mempunyai simptom seperti muntah atau loya.

“Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala yang teruk seperti mana orang dewasa,” jelasnya.

Dr Zainordin menjelaskan, migrain terbahagi kepada dua iaitu migrain biasa tanpa aura iaitu rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala saja.

Biasanya, ia diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit.

Pesakit juga akan sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.

Berbeza dengan migrain klasik (dengan aura) sebelum menyerang pesakit biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok.

Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.
Tambahnya, sakit kepala atau migrain bukanlah tanda awal bagi sebarang ketumbuhan otak.

Ia biasanya muncul dengan tanda lain atau sakit kepala datang apabila tanda lain sudah ada.

Mungkin pesakit akan mendapat sawan atau masalah pada pendengaran dan penglihatan.

Pesakit juga biasanya akan mendapati tangan atau kakinya lemah seperti mendapat penyakit strok.

“Hanya satu peratus saja migrain mempunyai kaitan dengan tumor atau kanser otak dan selebihnya hanya disebabkan migrain.

“Biasanya pesakit kanser otak akan menunjukkan gejala yang teruk seperti kesakitan yang amat sangat pada kepala diikuti muntah, loya, hilang selera makan, kurang penglihatan dan pendengaran, seterusnya lemah tangan dan kaki,” jelasnya.

Menurut Dr Zainordin, tidak seperti penyakit lain, migrain ini tidak dapat disembuhkan tetapi boleh dielak atau dikurangkan dengan cara berjumpa doktor dan mengambil ubat-ubatan bersesuaian.

“Biasanya ubat penahan sakit seperti panadol, aspirin, ponstan dan synflex boleh dibeli di farmasi namun ubat ini lama-kelamaan tidak dapat mengurangkannya malah boleh menyebabkan penyakit lain misalnya kerosakan buah pinggang atau hati apabila diambil berlebihan.

“Biasanya ubat ini juga tidak lagi berkesan apabila diamalkan terlalu kerap walaupun dimakan melebihi hadnya,” katanya.

Justeru, pesakit digalakkan berjumpa doktor kerana doktor akan memberi ubat migrain sepatutnya seperti cafergot, ubat tahan muntah maxolon dan valium, sejenis ubat tidur yang diambil secara serentak dan secara berkala untuk mengurangkannya.

Selain itu, pesakit juga akan diberikan diari migrain dan meminta pesakit mencatat tarikh, masa, makanan diambil, jenis ubat serta keterukan migrain yang dialami mereka.

“Dengan adanya diari ini, doktor akan dapat memantau tahap kesakitan yang dialami pesakit serta dos ubat yang dapat diberikan,” katanya.

Selain ubat-ubatan, pesakit juga perlu mengurangkan tekanan dengan banyak berehat, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan migrain seperti minuman berkafein, coklat serta keju dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Apa yang penting, pesakit migrain tidak boleh murung kerana ini akan menyebabkan kesakitan mereka berulang.

“Berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat serta ubat-ubatan sesuai,” katanya.

Monday, February 28, 2011

Cute baby

Salam semua,

Takde nak kongsi apa cuma nak kongsi pic yang saya ada cute baby, nanti kalo ada rezeki nak aby cute mcm ni gak♡♡
pic ni saya dpt dr kawan kat Dublin, Ireland..







Impian jadi kenyataan

Salam semua,

Kalau dah ada mood nak berblogging tuh satu hari tuh macam- macam benda lah yang kita nak cerita tak habis- habis, kali ni sajer nak share picture baby yang cute2 mana tahu kalau ada rezeki nanti dapat baby cute macam yang kita impikan jugak..

Orang kata biasanya kalau apa yang kita impikan pasti kita akan dpt suatu hari nanti, ada betul nye jugak kot sebab dulu saya masih ingat lagi biler saya lalu jer klcc n ternampak bangunan Petronas Twin towers tuh saya selalu tergerak dlm hati alangkah bagusnya kalau saya dapat kerja kat sini satu hari nanti n saya tak pun tak berapa confident dengan apa yang saya impikan dan hari ni dah sepuluh tahun tapi saya masih bekerja dibangunan yang saya impikan dulu, alangkah indah nya biler semua impian kita akan jadi kenyataan dan ada perkara juga yang kita impikan tapi tak menjadi kenyataan sebab saya yakin Tuhan sebenarnya lebih tahu mana yang terbaik untuk kita..

Saya pernah impikan untuk berkahwin dengan lelaki yang boleh menjaga saya sepenuh hati dan alhamdulillah walaupun perit jerih saya dlm nak menemui cinta sejati akhirnya Tuhan kurniakan saya sesuatu yang tak ternilai walaupun telah berbagai dugaan serta ujian yang telah diberikan untuk saya, kalau saya tahu banyak perkara yang baik akan berlaku dalam hidup ini pasti awal- awal lagi saya akan redha dengan semua ujian serta dugaanNya...

Lemak cili api ikan pari

Salam semua,

Anyway dah lama dah tak cerita pasal masak memasak ni lgpun lately saya tak berapa nak masak special2 pun sebab masa untuk masak biler balik kerja adalah sangat terhad so kita masak apa yang ada jer lah yer..
Semalam saya balik rumah sambil berfikir- fikir apa yang saya nak masak hari ni sebab kesian hubby balik2 makan lauk yang sama huh tentu dah bosan kalo hari- hari dihidangkan dengan lauk yang sama kan, biasanya kalau tak sambal udang, kari ayam, kalo tak kari, masak merah ahhahahaah... tuh jer yang senang pun

So apa kata kali ni kita tukar selera + tukar angin pulak tapi tak tahu ler sedap atau idak lauk ni yer, lagipun hari tuh ada baca blog catzscafe dia masak lemak ketam huh dah lama dah sebenarnya nak masak lemak ni, lemak cili api ketam ker, ayam ker semua nyer sedap... tapi hari ni saya cuma jumpe ikan pari moh kita try sebab dah lama dah saya tak masak lemak cili api ikan pari ni...

Seingat saya kali pertama saya masak lemak cili api ikan pari ni masa saya kecik dulu masa tuh saya n adik perempuan saya sibuk suruh emak saya masak lemak cili api tp kan arwah atok saya org jawa so sebelum dia masak ikan pari ni dia akan salai dulu (bakar) so semalam saya pun try lah lauk yang dah lama tak masak ni... fulamakkk mmg best cuma tak pedas sangat jerk lepas ni kalo buat kena lebihkan cili api skit baru berapi....

Hubby makan n dia ckp sedap, saya buat lemak cili api ikan pari tp sebelum tuh saya bakar ikan pari dulu, saya goreng ikan masin + tahu goreng + sambal kicap n ulam kacang botol mmg kena kan.. sib baik hubby makan bertambah so lepas ni saya leh try lagi resepi2 lama yang dah tak buat, sorry sebab tak sempat ambik gambar sebab dah lapar sgt huh buruk kan perangai...

Makin hari makin malas

Salam semua,

Maaf dah lama tak update blog, saya nyer USB cable camera hilang ntah mana ntah so kalau nak bloggging tp tak masukkan pic rasa mcm tak best + tak puas tu yang mood nak berblogging dah hilang entah ke mana...
Ish mana ler pergi nya leh hilang pulak, lgpun lately ni rasa malas ditambahkan lagi mata sebelah kiri yang asyik rasa penat ni jer, anyway dah dua tiga minggu saya perasan anak mata sebelah kiri macam ada something tapi saya biar sebab ingat takde apa2 tp tiap2 hari saya rasa mata penat n pedih hanya di sebelah kiri so last week hubby bawak saya pergi Sunway Medical Centre nak cek mata so doc kata sebab selalu kena habuk + kena cahaya matahari sebab saya malas nak pakai sunglasses n kering.. so doc check pressure mata dia kata 18 sib baik bukan 21 sebab 21 tuh boleh mengakibatkan buta kalau pressure terlalu tinggi, huh ngeri lah saya perkara yang berkaitan dengan mata ni...

So skang ni doc bagi ubat n dalam masa 2 minggu lagi saya kena dtg n buat follow up lagi n hopefully mata dah back to normal, ngeri lah wey org usik2 mata ni sebab tuh saya tak pernah n tak berjaya nak pakai contact lens sebab mata tak leh terusik hihihiihi... motip nak pakai contact lens (mengada- ngada) wakakakaka!!!!

Wednesday, February 23, 2011

Love this song

Salam semua,

ada sesiapa tak perasaan ada satu drama kat tv1 trilogi cinta, wah saya dah jatuh cinta even saya tak berapa berkenan pelakon- pelakon heroin nyer tapi jalan ceritanya agak menarik dan lagu- lagu dlm citer tuh pun best
Ok anyway setahu saya trilogi cinta ni adalah ilham dari sebuah novel dan dijadikan dlm bentuk drama, so jom kita tgk lagu apa yang best tuh

Monday, February 21, 2011

to someone special






Oh, my sleeping husband, Love,
Beside me in sleep you lay
Quiet, peaceful, ever dreaming
Looking like a child, I’d say

Quiet, sleeping, looking good
Not a care, or never should
Because you walk so tall each day
Peace come to you at night, I pray

Do you know how much I care
That you stand with me each day
Watching over me and share
This life we share and with me, stay.

Do you know that I watch you
How you look a certain way
How you smile, how you grin
How your joy shows from within.

How you make my days seem light
How you hold me in the night
How you kiss me at the dawn
How so nice you keep the lawn

How you brighten up my life
When you refer to me as Wife
Would that I could be so calm
And be for you, your life’s balm

To hold you when you are feeling blue
To let you know a friend so true
Is standing by you through your pain
To kiss your tears through all the rain

To listen to your quiet dreams
That you weave for both of us
To know that you are my husband true
Are all the reasons why I love you.

Sunday, February 20, 2011

Universal Studios Singapore - Far Far Away



tempat wajib ambil gambar yer..


Salam semua,

Terlanjur ada mood nak berblogging ni mari kita panjang2 kan dan lentikkan jari terus menaip laju tanpa henti, ok anyway saya sepatutnya dah lama dah update tajuk ni tp disebabkan kesuntukan masa so saya tak dpt nak update

So niari saya nak update blog sebab leh release skit stress ni kan, kongsi- kongsi cerita luahan dan mcm2 lagik.. so CNY yang lepas ni saya ngan hubby plan nak ke Universal Studio Singapore, itu pun setelah puas mak cik saya pujuk suruh pergi jugak so ticket kali ni ada orang sponsor yer!!! yahooo tq to cik lijah yang baik hati ok so kami ke sana pada hari Sabtu 5 February 2011 so boleh tak semua bayangkan betapa ramainya orang pada hari tuh hihihi

So we all pergi berenam ye, 3 dewasa n 3 lagi kanak- kanak.. saya n hubby + cousin (kak zatul) + 3 org anak cousin, haziq, hazim dan danish so we all park dekat vivo city di sentosa n kita naik bas nak ke Universal studio tuh, untuk ticket my cousin kak zatul dah book siap2 sebab normally utk weekend mcm ni ticket selalu full, tak perlulah ye nak beratur panjang- panjang nak masuk ke sini sebab nampaknya semua muka dah excited, kecuali kak zatul n danish sebab ni dah kali ke3 diorg masuk sini hahahah...

So kalau nak cerita pasal enjoy mmg enjoy sgt lah, mcm- mcm ride yang we all naik antara yang mencabar kan mummy ride wakkakaka semua orang menjerit macam nak terkeluar anak tekak masing- masing yer, walaupun hanya beberapa minit tapi dia punyer ngeri n scary leh trauma bertahun- tahun yer.... so anda semua kena cuba tau

so biler time lunch mmg berlambak restaurant n gerai makan sini so mmg tak susah lah nak cr makan, harganyer pun antara $10 - 15$ mcm tuh, tp kalau duit malaysia lagi lah ok kan :-D

So disebabkan hari ni terlalu ramai sangat orang so diorg extend closing until 9.30 p.m tapi kan yang menjadi hairan kan kat singapore ni tak mcm malaysia tau, walau mcm mana ramai org sekalipun kan keadaan amatlah terkawal tanpa ada sebarang masalah pun, saya ingatkan saya seorang jer yang perasan dgn situation mcm tuh tp rupanya hubby pun sama jugak.. dia pun ada ckp kenapa kat sini even ramai pun tp nampak mcm terkawal tak mcm malaysia hihihi, so mungkin itulah perbedaan negara kita n negara luar, agak meriah sikit...

So pesanan saya untuk semua pembaca u all semua kena pergi tau sebab kalau saya nak cerita kat sini mau makan 3 hari tiga malam tak habis, so apa kata kita tgk gambar- gambar yang saya ambil sepanjang kami berada di sana..

welcome to Madagascar

a yellow cab

with Lion King
with Shrek n Princess Fiona (mmg cun)

Our lunch meal



Action












my favourite pic

Actually we are so lucky on that day sebab malam tuh ada firework yang grand!!! mmg puas hati rasa nak pergi lagik lepas ni, pd u all semua kena pergi tau.. kenapalah malaysia tak buat tempat mcm ni kan best, apa- apa pun mmg ENJOY!!!

Busy, Busy penattttt...

Salam semua,

Maaf kerana dah lama tak mengupdate blog, sunyi sepi mcm takde idea jer.. bukan takde idea tp takde masa, banyak benda nak kena buat lately ni, kerja sendiri dan kerja opis yang tak pernah habissss... bosan dan jemu pun ada tapi sabarlah ye untuk sementara waktu ni..

So biler dah busy badan pun terasa penat, hari ni satu hari dr bangun tdo sampai sekarang ni masih lagi sakit kepala, sepatutnya pagi- pagi hari isnin segarlah biler masuk opis, ni sakit kepala tak dpt di kawal erkkkkk... dah lama dah tak sakit pala yang berlarutan tp niari sakit kepala sampai ke tengkuk mcm ada batu pun yer...

So cepatlah habis hari ini sebab beta dah tak tahan nak duduk opis dan rasa nak tdo jer ni dapat berehat sebentar bersama kit kat pun ok lah hihihi... melawak lak



Monday, February 14, 2011

Kalau nak berniaga biar bersungguh- sungguh (Steamboat & Gril Cottage)

Salam semua,

Ada banyak lagi entry yang saya belum update tapi kali ni nak cerita pasal dua minggu lepas masa CNY saya balik ke johor sebab nak celebrate birthday mama, belated birthday lah yer..
so dalam perkiraan, saya plan nak bawak the whole family pergi makan steamboat.. saya ada dua tiga tempat yang saya dah survey (dah surfing) antaranya Rawa Steamboat ramai yang memuji tapi sijil halal nya agak was- was sedikit, kedua D'terrace steamboat halal fully own org islam tapi masih tidak ramai yang komen dan tak perasan kewujudannya, so yang ketiga Seoul Garden steamboat so yang ini mmg tak dinafikan lah keenakannya tapi since kat kl pun dah ada kan so saya nak try pulak lah steamboat lain kat johor dan yang terakhir adalah Steamboat & Grill Cottage yang saya dah baca banyak sangat komen yang memberangsangkan pasal tempat makan ini dan finally saya decide nak makan kat sini...

So pada hari Khamis malam jumaat tuh lepas waktu maghrib kami sekeluarga pergi lah mencari Steamboat & Grill Cottage ni yang terletak di Mount Austin johor, ok before tuh saya dah beberapa kali call owner yang tak berapa nak ramah pelanggan untuk bertanyakan beberapa soalan dan nak book tempat, tapi dia refer lagi saya sms jer tanpa bertanya apa2 soalan...
Ok fine so setibanya saya disini suasana tidak seperti yang saya jangkakan terdapat beberapa susunan meja- meja bulat di luar kedai so setibanya saya di sana saya diletakkan di meja paling hujung dekat dengan longkang kecil..

Saya ke sana seramai 7 dewasa dan 3 kanak- kanak so can all of u imagine mcm mana keadaannya duduk kat meja bulat kecil ramai- ramai mcm tuh, ok takper lagi so saya pun pergi ke dalam untuk ambil makanan dan alangkah terkejutnya saya dengan hidangan yang disediakan rasa seperti ingin terus berlari keluar dan pergi berlalu begituh sahaja dari tempat itu, tak silap saya tak lebih dr 50 jenis makanan yang disediakan pun, antaranya beberapa jenis fishball, fishcake, seafood yang ada udang yang bersaiz kecil, ketam yang bersaiz sangat kecil dan saya yakin bahagian sepit mmg tak ada isi langsung, ikan cencaru, beberapa jenis ayam dan daging.. tiada french fries, nugget, nasik goreng, kuey tiaw atau apa2 jenis makanan lain yang so sangat mengecewakan... tapi saya tak nak spoil kan keadaan so saya pun ambil semua tuh dengan perasaan yang bercampur baur #$%&@#

Kalau anda semua nak tahu disini pinggan- pinggan yang digunakan jenis pinggan plastik yang berwarna oren yang saya pernah lihat dikantin sekolah dulu tp alangkah sedihnya biler saya tgk pinggan- pinggan tersebut telah herot merot mungkin sebab terkena panas api steamboat tersebut dan yang paling buat saya lagi geram adalah pinggan yang basah dengan air yang menjijih- jijih serta kotor!!!! erkkk ya Allah masa tuh saya rasa kesal seribu kali kesal!!!! pertama dan terakhir....

So biler semua dah tersedia saya mulakan acara nak membakar tp saya perasan meja disebelah saya ada dua jenis sup tapi kenapa saya punya hanya ada kuah tomyam sahaja, so saya tak puas hati saya bertanyakan pada seorang staff disitu, kenapa saya dapat kuah tomyam jer tak dapat kuah sup, ok nak tahu apa mamat ni ckp "owh periuk yang untuk isi dua jenis kuah dah habis so kita pakai yang satu tu jer lah, itu pun nasib lah siapa yang dapat" wah wah tiba- tiba rasa darah menyirap pulak kat muka, mcm tu ker ko ckp dgn customer wey, aduh sungguh menyakitkan hati yer... huh.. wey ko hingat aku ni mintak makan free ker aku bayor tau walaupun tak semahal mana(dlm hati) so saya masih tak berpuas hati sebab bukan nak cr pasal ok tapi saya ada tiga orang anak buah yang masih kecil dan tak makan pedas so mcm mana tuh, nak suruh celup dlm air panas masak ker??? tiba- tiba datang seorang lelaki dlm lingkungan umur 50-60 an yang saya anggap tokeh kedai dan tanya kenapa yer? so saya bgtau kenapa tak tanya or bgtau so bolehlah kita pilih kuah sup kan, ini main letak dan tak tanya lepas tuh buat muka mcm tak bersalah dan tak bertanggung jawab...
saya tak nak keadaan jd lagi teruk so saya bgtau saya datang dr jauh sebab nak try makan kat kedai u tp kalau mcm ni lah service yang u all bagi so i mmg frust lah, so dia ckp "eh jangan lah ckp mcm tuh, nanti saya settle kan ok.. tak lama dlm beberapa minit ada sorang lelaki datang dan tukar periuk steamboat kami tuh so masalah settle...

To be honest rasa tom yam kat sini biasa- biasa sahaja, tak pekat dan tak kaw.. saya tak pasti kenapa ramai sgt yang memuji walhal biler kami sekeluarga makan kat sini so rasanya tidak seperti yag disangkakan, kuah sambal cicah pun saya bg C- yer.. mungkin sebab selera masing- masing berbeza tp kalau nak di comparekan dengan Flaming steamboat dan Red wok Bangi mmg tak sepadan..
saya suka kalau orang melayu kita yang ingin mencuba especially yang nak bukak kedai makan, kedai yang saya pergi ni boleh dikategori sebagai kedai koboi dan kedai asal boleh, tak terurus tak kemas, makanan tak banyak pilihan dan tak mesra pelanggan diharap dapat imrove untuk kebaikan pada masa hadapan yer.. so kalau kedai sedap servis bagus insyaAllah kami akan berulang makan disitu...

So rupanya bukan setakat disituh sahaja yer, so biler pelanggan sedikit demi sedikit beredar dr kedai tersebut sekali lagi ada benda yang menyakitkan mata berlaku, nak tau apa dia ok setelah sorang demi sorang pelanggan beredar so pekerja dengan gigihnya membersihkan meja so nak tahu kat mana dia buang sisa kuah setiap meja yang tak habis tuh?? di tepi longkang kecil betul- betul di tepi meja kami dan tak sampai satu langkah dr tempat duduk kami, bukan sisa kuah sahaja tp udang, mee dan lain- lain sisa yang tak habis dlm periuk dituang terus ketepi longkang, wow senang betul lah kalo berniaga mcm ni kan, semua nak ambil mudah!!!!

Indah khabar dari rupa, indah nama dari rupa itu lah yang dapat saya klasifikasikan pasal kedai ni, saya tiada niat untuk memburuk- buruk kan tapi inilah hakikat.. terimalah kesilapan dan belajarlah memperbaiki kelemahan!!!!

Maaf tiada sekeping pun gambar yang saya ambil sebab frust dan takde mood untuk malam tu...

Gatal kaki nak main futsal

Salam semua,

Apa khabar semua teman- teman serta sahabat handai, semoga semua nya dalam keadaan bahagia senantiasa...
Ok maaf sebab dah lama tak update saya kehilangan USB cable nak upload pic dr camera, huh mana ler perginya dah cari- cari masih tak jumpa jugak... takper lah saya dah tak nak cari lagi, biar dia yang cari saya pulak

Hari isnin ni agak sunyi sikit especially di opis saya tadi sebab ada satu dept dah tukar floor so hanya tinggal beberapa ketul sahaja di opis so alangkah bosan nyer biler berada di opis sebab kawan2 nak bergossip dah takde, yang ada semua lelaki saya lah sekuntum bunga taik ayam yang ada pun.

So balik kerja arini pergi teman hubby main futsal kat Sport Planet Ampang, saya tak kisah kalu hubby nak main futsal on weekdays tp kalo boleh on weekend saya lagi prefer hubby spend time bersama.. sebab waktu cuti macam tu lah perlu di manfaatkan secukupnya..
biler saya tgk hubby main futsal saya pun rasa gian dan gatal kaki nak join sekali, dah bertahun dah rasanya saya tak main futsal ni dan rasanya kali terakhir saya main futsal pada 2005 macam tuh.. sekarang ni biler di fikir- fikirkan balik mmg tak mampu dah nak berlari mengejar bola, dulu seminggu dua kali saya ada training sebab every year kita ada futsal tournament

la ni saya dah tak main futsal lagik sebab semua geng2 saya dah pencen setelah melahirkan anak, dan masing - masing dah tak larat sebab badan telah berkembang dengan jaya nya!!!!
tapi tak dpt main pun tak per lah janji dapat teman hubby pergi main futsal, nanti saya mintak hubby belanja saya kat Bora ombak sebagai upah :-D

zaman- zaman anak dara main futsal tak hingat donia