Click here!!!

Friday, January 21, 2011

First trial ikan cencaru sumbat

Salam semua,

Apa khabar semua, semoga berbahagia di malam jumaat yang dinanti- nantikan ini
Hari ni saya telah mencuba sesuatu yang baru, ikan cencaru sumbat yang telah lama saya teringin nak buat tapi akhirnya saya buat jugak hari ni, di sebabkan ianya percubaan pertama so saya rasa ada sedikit kekurangan, biasanya ikan cencaru sumbat ni setahu saya di bakar tp since hubby suka makan ikan cencaru yang di goreng garing so saya pun menggunakan kaedah menggoreng ikan cencaru itu..

Alhamdulillah walaupun percubaan pertama tapi nampaknyer tidak begitu menghampakan cuma ikan nampak agak legam sedikit ahhahaha maaf yer percubaan pertama sebab biasa mama saya yang buat resepi ni, tapi kalau saya tak buat sendiri mmg saya takkan pandai lah sampai bila- bila kan so saya nekad nak buat jugak lepas ni banyak lagi yg boleh di perbaiki, kena tambah garam n cili kasi pedas lagik

Ok saya nak share resepi ikan cencaru sumbat hari ni:-




Bahan- bahan:-
3- 4 ekor ikan cencaru bersaiz sederhana
7 batang cili padi kampung (terpulang nak pedas atau tidak)
2 inchi halia

2 batang serai
2 biji bawang merah

2 biji bawang putih sedikit belacan sebesar duit 20 sen
secubit garam

satu sudu kecil gula

setengah sudu teh asam jawa (saya gunakan jenama adabi tanpa biji)
minyak masak untuk menggoreng


Cara - cara:
Bersihkan ikan dan dibelah di bahagian belakang untuk di sumbat

Kesemua bahan - bahan di satukan dan di blender jgn letak air terlalu banyak
sumbatkan bahan yang telah lumat di blender

Bahagian luar ikan dilumur dengan sedikit kunyit dan garam

Panaskan minyak dan masukkan ikan ke dalam minyak yang telah panas
Goreng ikan sehingga garing dan nikmati dengan nasi panas

2 comments:

  1. ini resepi turun temurun tau.. favourite kami sekeluaga.. yummy..

    ReplyDelete
  2. k.ila: sedap btol lah saya pun suka makan dgn nasik panas bertambah2 jdnyer

    ReplyDelete